About Me

My photo
matduan22@yahoo.com toyotahilux22@yahoo.com

LOGO GGK

LOGO GGK
Brotherhood Of Bikers

SEJARAH GGK

Ini adalah satu kumpulan bermotosikal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja semasa TTS bersama. Mungkin nama kumpulan ini sesuai dengan jiwa ahli kumpulan yang memang suka berkonvoi demi mencari kepuasan bermotosikal. Jangan salah faham, kumpulan ini bukannya hanya untuk mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi sahaja. Sejarah penubuhan kumpulan ini juga bermula dengan majoriti ahli hanya mempunyai motosikal kecil sahaja. Ahli tidak kisah walau apa pun jenis dan saiz motosikal yang dimiliki, asalkan dapat memenuhi impian ahli untuk berkonvoi. Dari moto kecil, lama lama jika berkemampuan , kami berharap semua ahli dapat memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti, cuma dari masa ke semasa cuba lah kita fahami perangai dan habit kawan2 kita supaya tidak timbul sebarang miscomunication , In Sya Allah.

GCGK KE MAE HONG SON DISEMBER 2014

Penjelajahan jarak jauh pertama GCGK ke luar Malaysia..........Bermula dari 14 Disember hingga 23 Disember 2014



Senarai Peserta Kali Ini Adalah :

1.  Nama              :     Rizuan Bin Hamid
     Umur              :     38 Tahun
     Motosikal       :     Yamaha LC 135 (5 Speed)

2.  Nama              :     Mohd Fareq bin Roslan
     Umur              :     29 Tahun
     Motosikal       :     Yamaha LC 135 (4 Speed)

3.  Nama              :    Cik Enn (Rizal)
     Umur              :     29 Tahun
     Motosikal       :     Yamaha LC 135 (5 Speed)



DAY 1       (14 / 12 / 2014 ----AHAD)

Wang Prachan --------- Jingjo Hotel ( 455 km )

Perjalanan pada hari pertama ini akan bertolak pada jam 1700 di Wang Kelian atau pon Padang Besar, bergantung pada keadaan. Perjalanan akan melalui lebuhraya yang agak sibuk, melalui Rattaphum, Patthalung, Ron Phibun, dan seterusnya. Perjalanan melibatkan tunggangan malam.

DAY 2       (15 / 12 / 2014 ----ISNIN)

Jingjo Hotel ---------- Phetchaburi ( 401 km )

Perjalanan hari ke-2 juga tidak begitu tertekan, melalui lebuhraya yang sama sehingga ke Phetchaburi.

DAY 3        (16 / 12 / 2014 ----SELASA)

Phetchaburi ---------- Mae Sot ( 619 km )

Hari ke-3 lebih mencabar. Banyak simpang dan traffic yang mengelirukan akan ditempuhi. Dari Phetchaburi kami menyusur ke Ratchaburi sejauh 60 km, kemudian ke Suphanburi sejauh 146 km, kemudian ke Chai Nat sejauh 100 km, kemudian ke Nakhon Sawan sejauh 50 km (PETRONAS), kemudian ke Tak sejauh 184 km, dan akhir sekali tiba di Mae Sot yang sejauh 80 km.

DAY 4          (17 / 12 / 2014 ----RABU)

Mae Sot ---------- Mae Hong Son ( 395 km )

Mae Sot menuju Mae Ramat sejauh 33 km, Mae Ramat menuju Mae Sariang sejauh 200 km dan akhir sekali Mae Sariang menuju Mae Hong Son sejauh 162 km.

DAY 5          (18 / 12 / 2014 ----KHAMIS)

Mae Hong Son  ---------- Pai ( 107 km )

Mae Hong Son menuju ke perkampungan leher panjang, dapatkan sedikit cenderamata, nak masuk ke perkampungan ini perlu bayar sedikit, TB 250 rasanya, kemudian meneruskan perjalanan ke pekan Pai.


DAY 6         (19 / 12 / 2014 ----JUMAAT)

Pai ---------- Chiang Rai ( 478 km )

Dari Pai kami menuju ke Chiang Dao sejauh 130 km, kemudian ke Mae Salong sejauh 156 km, kemudian ke Mae Sai sejauh 82 km, kemudian ke Golden Triangle sejauh 30 km, dan akhirnya ke Chiang Rai sejauh 72 km.

DAY 7        (20 / 12 / 2014 ----SABTU)

Chiang Rai ---------- Tak ( 540 km )

Dari Chiang Rai kami menuju ke Phu Chi Fa melaui Phaya Mangrai District sejauh 90 km, kemudian ke Phayao sejauh 133 km, kemudian ke Lampang sejauh 134 km, dan akhir sekali ke Tak sejauh 183 km.

DAY 8        (21 / 12 / 2014 ----AHAD)

Tak ---------- Hua Hin ( 631 km )

Dari Tak kami ke Kamphang Phet sejauh 68 km, kemudian ke Nakhon Sawan sejauh 120 km, kemudian ke Chai Nat sejauh 70 km, kemudian ke Suphan Buri sejauh 100 km, kemudian ke Nakhon Phatom sejauh 107 km, kemudian ke Ratchaburi sejauh 45 km, kemudian ke Petchaburi sejauh 60 km dan akhir sekali ke Hua Hin 80 km.

DAY 9        (22 / 12 / 2014 ----ISNIN)

Hua Hin ---------- Ranong ( 387 km )

Dari Hua Hin kami menuju Prachuap Khiri Khan sejauh 95 km, kemudian ke Chumpon Junction sejauh 180 km, dan kemudian ke  Kra Isthmus sejauh 55 km, dan akhir sekali ke Ranong sejauh 70 km.

DAY 10        (23 / 12 / 2014 ----SELASA)

Ranong ---------- Wang Prachan ( 542 km )

Dari Ranong kami akan pulang bersama konvoi moto besar menuju Wang Kelian ikut highway sejauh 542 km.

No comments:

Post a Comment