Penulis berpeluang untuk bercuti selama 4 hari 3 malam ke Guangzhao China. Pakej ini adalah anjuran dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Perlis. Berikut adalah beberapa catatan penulis sepanjang berada di sana.
Tiket penerbangan kami adalah dengan penerbangan Air Asia AK112 jam 0535. Perjalanan ini mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. Kami telah tiba di Baiyun Airport lebih kurang jam 0930 pagi. Kami semua disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Jenny dengan penuh mesra.
Tempat lawatan kami yang pertama ialah ke Pekan Cokelat , bukan untuk membeli cokelat, tetapi kerana pekan ini dipenuhi oleh mereka yang berkulit cokelat kata Jenny, lebih mudah lagi warga Afrika. Oleh yang demikian kami hanya boleh melihat melalui tingkap bas sahaja kerana khuatir akan keselamatan. Lawatan seterusnya adalah tempat tokoh sejarawan China, saya pon tidak pasti namanya.
Sebelum makan tengahari kami di bawa pula ke Taman Riadah YuXiu Park iaitu taman riadah yang berunsurkan kambing. Kawasan yang nyaman kerana agak berbukit dan berpokok. Antara gambar gambar yang sempat kami ambil.
Jam sudah hampir dengan waktu sembahyang Jumaat, jadi kumpulan kami mengambil keputusan untuk pergi solat Jumaat dekat Masjid yang terkenal di Guangzhao iaitu Masjid Abi Wakaz, masjid tertua di Guangzhao. Perjalanan masuk ke masjid menjadi sibuk sekali dengan pelbagai etnik dan juga para peniaga. Berikut adalah visual dan gambar ketika sebelum dan selepas solat Jumaat.
Setelah selesai Solat Jumaat, kami semua bergerak pula ke Beijing Street. Tempat membeli belah dengan pelbagai jenis barangan. Tetapi harga yang ditawarkan adalah agak tinggi. Lagipon nilai duit Malaysia juga jatuh kepada RM60 untuk 100 Yuan. Berikut adalah beberapa gambar ketika di sana.
Bangunan landmark kami adalah Hotel Lido. Jadi selepas 2 jam shopping kami akan berkumpul di sini.
Setelah selasai shopping kami terus makan malam di restoran yang dimiliki oleh chef dari Sri Langka. Disini makanannya agak caca merba. Semua kawan kawan tidak mahu lagi ke sini. Tapi penulis ok jerrr........... Wifi diberikan percuma.....
Setelah selesai makan malam kami terus bergeral ke Hotel penginapan kami iaitu Metropolis di Foshan, lebih kerang 1 jam perjalanan dari sini.
Hari kedua kami ialah lawatan ke pusat jualan ubatan China. Ini adalah pakej tetap jika kita menggunakan ejen di China. Jika kita tidak mahu pergi kesini, maka kita terpaksa membayar sejumlah amaun kepada syarikat itu. Berikut adalah beberapa gambar ketika di sana.
No comments:
Post a Comment