1. CIKGU WAN ---------- KTM ADVENTURE 990
2. AJU BOTAK ---------- KAWASAKI ER6N 650
3. UST ADNIN ---------- KAWASAKI GTR 1400
4. CIK DEN ---------- KTM ADVENTURE 990
5. CIK EIN POMEN ---------- APRILIA SHIVER 750
6. TOK OWN BATAS ---------- KAWASAKI VERSYS 650
7. FARIQ ---------- YAMAHA LC 135
8. PAK KU FITRI ---------- YAMAHA LC 135
9. OWN SENA ---------- YAMAHA LC 135
10. DIK GIE ---------- YAMAHA LC 135
11. DIDIE ---------- YAMAHA LC 135
12. CIK DEX PAKEJ ---------- YAMAHA Y15
Perjalanan semua peserta konvoi telah mula berhimpun di border Padang Besar seawal jam 8.00 pagi. Konvoi kali ini memang lebih santai kerana disertai oleh moto besar dan moto kecik. 12 orang peserta, 6 buah moto besar dan 6 buah moto kecik. Sebilangan besar dari kami telah pon melangsaikan urusan "declare" dan "passport" sehari sebelumnya.
Peserta terakhir yang menyelesaikan urusan di border adalah Cik Ein, Tok Own Batas dan Cik Den. Kebanyakkan dari kami masih belum sarapan. Jadi kami bergerak secara bergilir, didahului oleh puak moto kecik dikepalai oleh Fariq Reevo. Perjanjian kami nanti adalah cari tempat untuk sarapan jika sesuai dan konvoi akan berhenti di situ. Hentian pertama yang dicadangkan adalah PTT selepas simpang Songkha menuju KoYo, untuk pengisian minyak moto kecik.
Di pertengahan perjalanan, cik Dex pakej telah berhenti di 7E untuk membeli kad sim. Hal yang demikian telah memecahkan group moto kecik dan membuang masa. Lebih susah jika ada yang dah ke depan dan tidak tahu jalan. Ingatan mesra untuk konvoi nanti, janganlah kita pecah group untuk tujuan peribadi selagi belum maklumkan kepada konvoi.
Kami sebilangan moto besar telah berhenti sarapan selepas Hat Yai sebelom sipang Songkhla, membiarkan kelompok moto kecik pergi dahulu. Konvoi telah telah sepakat untuk berhenti semula dekat PTT sebelah kanan untuk pengisian minyak dan rehat.
Setelah selesai sarapan, kami pon mula mengejar group moto kecik di hadapan. Sekali sekala berlakulah episod kejar mengejar dan konvoi Berjaya bercantum kembali beberapa kilometer sebelum PTT. Setelah sampai di PTT, semua konvoi telah membuat isian semula minyak dan berehat sambil menikmati hidangan dari 7E. Di hentian ini kami berehat agak lama kerana sudah hampir separuh perjalanan
Konvoi meneruskan semula perjalanan dan tiba di Jeti Seatran pada jam 3.30 petang. Kami semua menaiki feri pada jam 4.30 petang. Keadaan dalam feri agak panas. Masing mencari kesesuaian selera masing masing.
Turun sahaja dari feri, kami pon menuju ke tempat makan kerana terlalu lapar. Kami memilih untuk makan di kedai Abang Kelantan tepi jalan dekat selekoh 7E kerana layanannya sangat puas hati. Setelah order dn menikmati hidangannya, terasa puas dan sungguh mengenyangkan.
Setelah itu kami mula berkira kira untuk tempat penginapan pula. Akhirnya kami sepakat untuk tinggal di Best Resort sebab ada kolam mandi. Kami telah menempah 4 bilik, 1 bilik untuk 3 orang dengan kos 900 baht semalam. Bilik penginapannya agak sempit tetapi memadailah untuk nak beradu barang semalam dua. Lagipon ada kolam mandi, itu yang menyebabkan kami tertarik.
Pada malam ini, kami semua keluar ronda ronda menikmati suasana malam di Lamai dan Chaweng. Masing masing dengan karenah masing masing dan jumpa balik eso pagi. Seawal pagi kesokkannya, kami semua turun mandi kolam kerana belum puas dengan kelmarin. Di bawah ini adalah beberapa kepingan view di sini.
Setelah itu, kami pon naik semula ke bilik untuk pergi sarapan pula. Sarapan ini sekali ngan makan pagi laa pasai kami x banyak masa dah nanti. Kami memilih untuk makan di pasar pagi Kampong Melayu. Ada juga sebilangan kami yang terus sarapan di Melayu Samui. Selesai sarapan, kami pon mula meeting untuk aktiviti. Aktiviti jelajah pulau terpaksa dibatalkan kerana tiada bot yang besar. Oleh itu, kami memilih untuk menjelajah darat sajalah. Untuk itu, kami telah pergi ke tempat menaiki gajah dan ATV. Setelah berbincang tak semua yang nak naik ATV, jadi spa yang nak cuba sajalah. Memang seronok. Di bawah adalah beberapa view di sini.
Setelah selesai bermain ATV, tidak ada pula yang berminat dengan gajah, mungkin harganya yang agak mahal. Setelah itu, kami mengambil peluang untuk melihat suasana dusun durian Samui. Terpaksalah kami mendaki dengan scooter yang agak daif. Untuk parking meliht viewpoint, kita perlu bayar, 20 baht rasanya. Semasa lawatan kami ini, kelihatan pokok durian sudah mula berputik dengan lebat sekali. Jadi kami mengambil beberapa gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan.
Kami semua terus menuju ke Jeti Seatran dengan keadaan cuaca yang semakin panas. Kami berhenti di kedai halal tepi jalan. Kasi minum dulu sementara menunggu yang lain tiba. Setelah minum, kami berbincang lagi, ada yang nak balik bilik dah, tak tahan panas. Sapa yang nak pi boleh teruskan pusing pulau.
Destinasi seterusnya ialah tapak kedai viewpoint laut yang cantik. Tiba di situ kami hanya mengambil gambar sahaja. Kemudian kami nak teruskan ke Big Buddha. Dalam perjalanan ke Big Buddha, kami terjumpa jeti untuk ke Koh Pangan. Jadi dapatlah kami satu benda baru di Koh Samui ini. Big Buddha pula ada dua, satu yang besar dan satu lagi lebih kecil. Kami telah pergi tengok kedua-duanya. Sambil-sambil menikmati panorama kawasan baru, sempat juga kami memerhatikan kedai makan halal di sepanjang perjalanan.
Kami pon terus menuju Chaweng, tetapi singgah 7E dulu. Cari ayaq nyoq botol, depa kata sedap dan kena rasa lah. Setelah itu kami ronda ronda Chaweng sepuasnya dan terus ke mountain seaside view. Tepi jalan jaa kawasan nie. Ramai orang berhenti untuk ambil gambar dan juga menikmati aiskrim. Berikut adalah beberapa catatan kami di sini. .
Hari dah petang dan kami pon kena balik selesaikan apa yang belum selesai. Setelah itu, malam pon hampir tiba dan kami sekali lagi nak pergi makan kedai brother Kelantan semalam. Mereka kata sedap sungguh. Jadi bersedap-sedapanlah kami di situ untuk malam yang terakhir di sini.
Aktiviti malam yang terhad diteruskan seperti biasa. Ada pasar malam, tapi tak ada makanan untuk Muslim, halal food. Banyak jual kain baju dan cenderamata. Banyak antara kami yang cuci mata saja. Ada yang teringin nak sambung mandi kolam. Mandi sampai pagi.........
Pagi yang panas, kami pon turun ke kolam lagi sekali. Rasa memang berbaloi la duduk sini. Mau sejam jugak berendam pagi nie. Kemudian jam 10 semua kena siap sedia di moto untuk on the bike....
Setelah semua check out, kami pon menuju jeti Raja Ferry. Kami semua mengambil tiket jam 11.00 pagi. Alhamdulillah semua kami dapat naik sekali. Kami menjangkakan perjalanan pulang kami ini akan tiba pada jam 6 petang di pekan Hat Yai.

No comments:
Post a Comment