Ride kali ini adalah untuk warm up moto saja...................Destinasi utama adalah Emerald Pool , berhampiran Krabi.............. Idea asal adalah untuk meraikan Bang Lan yang dah lama tak ride sekali, dan beliau akan menunaikan Umrah pada bulan Disember nanti.............. Sapa2 saja yang nak ride tunggu kat border Wang Kelian .............. Tarikh adalah pada 12, 13 dan 14 September 2015..........
Antara peserta yang akan ikut serta ride pada kali ini.
1. Cikgu Wan LC 135 V2 5 SPEED
2. Aju LC 135 V2 4 SPEED
3. Cik Ein Pomen LC 135 V2 5 SPEED
4. Cik Own Pomen LC 135 V1 4 SPEED (M)
5. Fariq LC 135 V1 4 SPEED (A)
6. Kawan Anak Bg Razi Y125Z
7. Bg Razi LC 135 5 V2 % SPEED
8. Anak Bg Razi Y125Z
9. Bg Lan JKR FZ150
10. Koden LC 135 V2 5 SPEED
11. Madi Buyin LC 135 V2 5 SPEED
12. Tok Own Batas LC 135 V2 5 SPEED
TTS Unicity Alam..............
Ride Merdeka 2015
Diskas Pomen Pomen............
Berapa nak tukaq nie.........82.7 ja harinie........
Diharap semua peserta dapat menghadirkan diri sebelum jam 8 di Border Wang Kelian. Urusan di border in dijangka mengambil masa selama 30 minit. Jam 8.30 pagi dijangka tayar mula golek. Sedikit Masalah telah berlaku di sini. Bg Razi gagal membuat pengishtiharaan motonya, disebabkan 2 nama. Nasib baik pejabat kesihatan Wang Kelian buka, dapat jugak pergi taip surat disitu. Maka selesailah satu masalah.
Konvoi akan bersarapan di Kampung Khuan Don Satun, berhampiran market. Di sini terdapat banyak pilihan makanan untuk sarapan dan makan berat. Lagi sekali salah faham berlaku di persimpangan short cut ke Langu. Madi dan Koden telah membelok ke jalan short cut ke Satun, tapi selainnya telah jalan terus sampai ke persimpangan highway. Salah info tentang tempat makan menyebabkan hal demikian berlaku. Tapi apa pon, 10 orang yg ada telah siap bersarapan, diharap konvoi akan berjumpa dengan Madi dan Koden nanti semasa dalam perjalanan. Masalah komunikasi juga kerana mereka tiada kad Thailand.
Dan selepas sarapan konvoi akan terus ke PTT Langu yang memakan masa lebih kurang 45 minit dan sejauh 50 km. Berhenti ambik angin, hisap rokok, nak tambah minyak sikit. Fariq telah cuba menelefon Madi jika2 dia membuat roaming. Nasib kami baik kerana dapat menghubungi Madi. Sebenarnya mereka ingat kami semua akan makan pagi di market Thung Wa, iaitu simpang empat Tesco Thung Wa.
Kemudian konvoi meneruskan perjalanan ke pekan Thung Wa sejauh lebih kurang 25 km, memakan masa selama lebih kurang 30 minit. Dan akhirnya berjumpa lah kami dengan Madi dan Koden. Konvoi mula bergerak kembali seramai 12 orang.
Kemudian akan terus ke Trang...........tapi tak masuk pekan Trang......ingattttttt, jika tak tahu, sila ikut konvoi........................ lebih kurang 40 km akan ada simpang jalan 419, belok kiri dan terus saja. Akan jumpa lintasan keretaapi yang ada kedai makan sebelah kiri, teruskan lagi sehingga jumpa simpang 4 yang kedua, lebih kurang 9 kilo, ambik jalan 4046 dan terus sahaja.
Setelah 50 km akan sampai di persimpangan highway 4. Selepas simpang konvoi akan berhenti di PTT baru sebelah kiri. Isi petrol , isap rokok solat jamak dan terus gerak ke Emerald Pool.
Persimpangan Emerald Pool ini adalah sebelum PTT besar sebelah kanan, mesti belok ke kanan. Tetapi nama yang diguna pakai untuk Emerald Pool disini adalah Sa Morakot. Setelah belok ke kanan, lebih kurang 150 meter ada satu simpang ke kanan, belok ikut kanan dan jalan terus ikut signboard Sa Morakot. Akhir sekali kami pon sampai si Sa Morakot pada jam 4 petang lebih kurang. Tiket untu masuk ke Sa Morakot adalah 200 baht seorang.
Setelah selesai mandi dan sedikit makan di luar, konvoi bertolak ke Pekan Ao Nang pada jam 6.30 petang. Suka diingatkan sebarang makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Emerald Pool atao Sa Marokot. Di Ao Nang konvoi menginap di Amorn Mansion Hotel dengan bayaran TB700 semalam. Kesemua 6 bilik telah di tempeh. Moto semua boleh di letak di hadapan lobi hotel. Kedudukan hotel sedikit kebelakang. Jika tidak pernah kesini, memang x akan jumpa. Sebelah hotel ini ada banglo lama dan binaan lama yang ada kolam renang. Sewanya pula sekitar TB1000 semalam.
Setelah selesai check in, semua konvoi turun untuk makan malam pada jam 8.45 malam. Kami semua makan dekat kedai Muslim yang berhampiran hotel saja. Kedai nya kecik dan cantik. Harga macam Koh Samui lah............
Harga beg water proof juga agak tinggi sekarang, nak mintak kurang pon susah. Jadi pakat2 ronda cuci mata ja lah...............Duit pon bawak cukup2 ja.........On da way nak balik hotel , 6 owg dari kami nak pergi round pulau pada esok hari, Cikgu Wan, Koden, Cik Ein, Tok Own, anak Bg Razi dan kawan dia. Bayaran yang dikenakan adalan sebanyak TB350 untuk 4 pulau termasuk makan tengahari. 6 lagi rakan kami akan pergi makan di pulau Islam di Pekan Krabi dengan menaiki bot, depa kata sedap.
Seterusnya kami pon berjalan pulang ke hotel, cuaca sangat baik pada malam itu. Terus lepak2 sat dan lenaaaaaaaaaaaaaaa.
Esok pagi macam biasa, group yang akan ke pulau sudah siap sedia menunggu. Nak snorkeling katakan.............Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambaq2 pi pulau
Di bawah ini pula adalah gambaq2 yg pergi makan di pulau Islam.......................
Selepas pulang dari pulau, kami semua beli sedikat makanan dekat 7-E dan terus naik ke bilik dan rehat sat. Letih ooooooo.............

No comments:
Post a Comment