Untuk pengetahuan semua, projek ride kali ini adalah lantaran dari tidak berjayanya misi Laos Cambodia dengan big bike pada tahun 2014. Jadi, kami berpendapat untuk bergerak secara moto cub pulak untuk kalii ini.........
Cadangan ride kali ini akan bermula pada penghujung November dan dijangka memakan masa selama 17 hari.
Peserta ride kali ini pula adalah seramai 5 orang dan diiring bersama oleh 3 peserta di saat akhir.
RIZAL BIN HAMID---LC135-V2
AZUADI BIN DARUS---LC135-V2
HAZRUL BIN KAMARUDDIN---LC135-V1
RODZI BIN MAT RUS---LC135-V2
COSTING ESTIMATION:
1. HOTEL
400 BAHT X 15 DAY = 6000 BAHT
2. FEUL
JUMLAH JARAK = 5200 KM
JUMLAH MINYAK = 208 LITER
HARGA SELITER MINYAK = 40 BAHT
BILANGAN ISIAN MINYAK = 52 KALI
JARAK SATU TANGKI = 100 KM
MAXIMUM SETANGKI = 4 LITER
40 BAHT X 208 LITER = 8320 BAHT
3. MEAL
200 BAHT X 15 DAY = 3000 BAHT
TOTAL : 6000 + 8320 + 3000 = 17320 BAHT
CONVERT to MYR = RM 2100
DAY 1 : 27 NOVEMBER 2015 --- JUMAAT
PADANG BESAR KE PRACHUAP KHIRI KHAN( 701 KM )
Perjalanan kali ini bermula seawal jam 7.00 pagi, diiringi hujan renai, namun tidak mematahkan semangat kami untu meneruskan konvoi yang dianggap mustahil oleh sesetengah pihak. Segala urusan declare motosikal telah dibuat sehari sebelum perjalanan kerana dikhuatiri akan berlaku kesesakkan di waktu pagi kerana cuti persekolahan sekalaigus akan melewatkan urusan konvoi kami. Tepat jam 7.15 semua ahli konvoi telah berkumpul di hadapan gelanggang futsal Beseri Jaya.
Untuk pengetahuan semua, urusan yang perlu dilangsaikan untuk memasuki Thailand jika anda rakyat Malaysia adalah
- Passport Antarabangsa - dicop di Malaysia dan Thailand
- Geran Motosikal @ Salinan - digunakan semasa urusan declare, dan jika bukan pemilik, hendaklah disertakan surat Authorized.
- Insuran Thailand - disimpan disepanjang perjalanan.
- Salinan I/C - untuk kegunaan official.
- No.1,2 dan 4 - seboleh-bolehnya disahkan oleh pegawai polis dan buat salinan.
- Borang TM2 - perlu diisi untuk elakkan dari dikenakan denda 400 baht semasa keluar dari Thailand, terdapat 2 salinan, satu ketika masuk dan satu lagi ketika keluar Thailand.
Pada jam 8.15 pagi, semua konvoi telah selesai urusan cop passport dan memulakan langkah konvoi yang didahului oleh bacaan doa oleh Ustaz Adnin GTR. Konvoi mula bergerak tepat jam 8.30 pagi.
Konvoi berhenti di PTT Phattalung, kredit kat Fariq Reevo, sudi follow hantaq konvoi, walaupon baru lepas operation bisul, hujan renyai lagi, isi minyak, rokok sebatang, teruskan ke Thung Song.
Di Thung Song, konvoi berhenti makan tengahari sekaligus makan malam sekali, kerana dijangka tiba di Prachuap Khiri Khan hampir malam. Suasana biasa konvoi sepanjang perjalanan yang agak mendung dan sesekali hujan. Namun, konvoi terkejut seketika selepas saudara Fizzi memaklumkan bahawa motosikalnya tidak mampu bergerak seperti biasa. Buat semakan ringkas, dan didapati minyak silindernya telah kurang. Tambah semula minyak, dan bertahan sehingga ke Warawan Resort. Motosikal saudara Cik Own juga ada sedikit masalah, dan bercadang untuk membaikinya setelah tiba di Warawan Resort. Konvoi selamat tiba di Warawan Resort yang siap ada swimming pool dan lift, satu bilik 550 baht pada jam 8.30 malam. Check-in 4 bilik untuk 8 orang. Kelewatan adalah berpunca oleh keadaan cuaca yang sedikit hujan dan jalan yang sedang dalam pembinaan.
Setelah check-in, terus pomen bertauliah kami, Cik Own pomen Porshe, menukarkan minyak silinder moto saudara Fizzi kerana minyak yang ada telah hilang kefungsiannya. Setelah siap moto Fizzi, moto tuan sendiri pulok. Setelah dibuka, plug pulak patah, kipas telah didirectkan, jadi terpaksa tunggu esok kedai bukak untuk ganti plug yang baru. Kesian Cik Own, walaupon letih kena buat jugak tugas nie, pasai yang lain tiada kebolehan nie, boleh tolong sua sepana dan tolong suloh jaa, dan jadi peneman.
Memandangkan situasi semasa, konvoi memutuskan untuk meneruskan perjalanan besok dalam 2 kumpulan, kumpulan pertama, Adnin, Fizzy, MdRani dan Cikgu Wan akan bergerak dulu menuju Iyara Resort dan Bg Razi, Aju, Bg Dan dan Cik Own akan bergerak setelah moto siap direpair.
PRACHUAP KHIRI KHAN KE SUPHANBURI (351 KM)
Bangun pagi, mandi, solat Suboh, dan siap barang atas moto, 8.30 pagi terus gerak ke Kedai Makan Muslim di seberang jalan. Konvoi semua bersarapan dengan seleranya apatah lagi teh ais nya sungguh sedap. Selesai sarapan, kami berempat bergerak dulu ke Suphanburi, manakala yang 4 lagi ke pekan terdekat untuk mencari spare part moto untuk dibaiki. Kami terus melalui route 4 seadanya, sehinggala ke persimpangan jalan 321. Jangan tersilap, gambar di bawah ini adalah persimpangan jalan 323 ke Kancanaburi.
Perhatikan signboard dan belok ke jalan 321. Di bawah ini adalah simpang untuk ke Suphanburi.
Setelah memasuki jalan 321, kami stop kat PTT, untuk isi minyak, minum, dan solat, kerana hari hampir gelap.
Sempat whatapp dengan team satu lagi, mereka hanya mula bergerak dari Prachuap Khiri Khan pada jam 3.00 petang. Boleh dibayangkan, mcm mana riding mereka untuk kejar kami di depan. Kami team depan meneruskan konvoi untuk ke Kedai Makan Muslim di Suphanburi yang terletak di persimpangan jalan 340. Itu satu satunya kedai makan Muslim yang kami tahu di Suphanburi. Jam lebih kurang 9.00 malam, kami selesai makan, dan khabarnya team belakang hanya 30 minit di belakang kami. Kedai makan sudah mau tutup, x pa, aku sudah tapau untuk mereka yang di belakang. Kemudian kami terus bergerak ke Iyara Resort yang terletak lebih kurang 500 meter dari kedai makan ini. Dengan harga 500 baht satu bilik, kami dapat tidur dengan selesa. Moto boleh parking depan bilik.
Setelah check in, lebih kurang 30 minit, team belakang sudah tiba. Terasa lega sungguh, kami bersatu kembali. Macam biasa, selesai mandi semua, kami keluar ke 7E, minum dan borak, kemudian balik semula ke resort, cek moto untuk esok.

DAY 3 : 29 NOVEMBER 2015 --- AHAD
SUPHANBURI-PHITSANULOK-ROUTE 12 COFFEE-LOEI ( 291 + 95 + 170 = 556 KM )
Bangun pagi, mandi, solat Suboh, dan siap barang atas moto, 8.30 pagi terus gerak ke Kedai Makan Muslim semalam. Makan bagi banyak siap2, nak bertahan sampai malam nie.
Selesai sarapan, konvoi mula bergerak melalui jalan 340 melalui pekan pekan kecil, Chainat, Uthai Thani dan Nakorn Sawan sehingga berjumpa dengan simpang ke jalan route 117 menuju Phitsanulok. Gambar di bawah ini adalah kem tentera yang mana motor KTM Bg Dan rosak pada tahun 2014.

Sepanjang jalan 117 ini cukup membosankan kerana jalannya agak lurus dan panas. Hanya disajikan dengan suasana sawah padi dan pertanian.
Gambar di atas adalah Cikgu Wan dan Adnin semasa di pertengahan route 117, berhenti untuk isi petrol dan rehat seketika. Stesen PTT hanya ada di sebelah kanan jalan. Di akhir jalan 117, konvoi akan melalui pekan kecil sehinggalah berjumpa dengan persimpangan T seperti signboard di bawah.

Ketika di sini, Cikgu Wan sedang memberi info kepada group belakang tentang route yang akan dilalui. Tiba tiba terdengar deruman motosikal GTR Adnin. Malang sekali beliau telah belok ke kiri, yang mana sepatutnya ke kanan menuju Lom Sak. Apakan daya, Cikgu Wan terus memberi info kepada Adnin secara personal melalui whatapps kerana Fizzy dan Md Rani sudah jauh di depan.
Belum sempat Cikgu Wan nak rehat, group belakang tiba dengan lajunya. Jadi Cikgu Wan pon joinlah dengan mereka dan berhenti berehat dekat PTT sambil memberi info selanjutnya kepada Adnin. Melalui info location, ternyata Adnin telah jauh ke Sukhothai. Beliau perlu patah balik untuk mengejar kami yg sudah di route 12 menuju Coffee. Konvoi meneruskan perjalanan sambil melayan kona route 12 yang masih baru dan sangat cantik pemandangannya. Di bawah ini adalah antara pemandangannya.

Bro Fizzy dah lekatkan sticker GGK kumpulan kami pada cermin coffee route 12. Konvoi pon meneruskan perjalanan yang sepatutnya akan ke Phu Tub Boek. Tetapi memandangkan hari semakin gelap, dan Adnin pon belum sampai2 lagi, konvoi mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja perjalanan ke Loei.
Semua ahli konvoi meneruskan perjalanan kecuali Cikgu Wan, kerana perlu menunggu Adnin yang sangat2 buntu. Lebih kurang 20 minit menunggu, Adnin pon sampai, tetapi beliau belum membeli apa2 barangan dari coffee route 12. Jadi, Cikgu Wan terpaksa menunggu Adnin patah balik semula ke kedai tesebut untuk membeli T-shirt dan sebagainya.
Gambar di atas adalah jalan yang sepatutnya konvoi lalu untuk ke Phu Tub Boek dan Loei iaitu route 2372 atau route 21. Kumpulan hadapan telah melalui jalan 2372 dan kemudian akan menyusuri jalan 21 untuk terus ke Loei. Dalam perjalanan ke Loei, suasana sudah gelap. Ada satu insiden saudara konvoi terdengar seakan akan pekikan gajah di pertengahan jalan yang cukup berliku dan sejuk. Setelah dibincang semasa rehat dekat PTT ternyata memang ianya pekikan gajah. Mungkin ia marahkan deruman enjin motosikal kami yang agak bising baginya. Kami semua selamat sampai di hotel penginapan pada jam lebih kurang 9.00 malam.
Hotel yang kami inap adalah hotel yang baru, 500 baht satu bilik. Sangat selesa, lift pula adalah touch screen, sungguh istimewa. Setelah melangsaikan apa yang patut, kami keluar semua untuk cari makan dekat 7E cam biasa lah. Rezeki lah katakan, ada sorang penjual roti telur dari Myammar, dia Muslim, rancak jugak borak ngan dia. Sebiji 20 baht, standart lah semua tempat pon 20 baht untuk sebiji. Pada malam ini juga kami merancang perjalanan untuk esok. Hasilnya, Adnin, Fizzy dan Md Rani akan menjadi kelompok pertama mamasuki Laos melalui Vientiane. Kemudian disusuli oleh Aju, Cikgu Wan dan Bg Razi dan akhir sekali Bg Dan dan Cik Own.

DAY 4 : 30 NOVEMBER 2015 --- ISNIN
LOEI KE VANG VIENG ( 380 KM )
Pagi ini , semua konvoi mengenakan sarapan ringkas masing masing, kerana di sini, kami belum jumpa kedai makan Muslim. Sambil sambil kami memeriksa jentera kami yang akan memasuki fasa yang lebih teruk.
Jadi seawal jam 8.00 pagi kumpulan pertama telah keluar menuju Nongkai. Mereka akan berjumpa dengan sahabat kami dari Malaysia iaitu Hamid yang berkahwin dengan orang tempatan untuk memberi sedikit info dan maklumat.
Selepas selesai memeriksa moto, Cikgu Wan keluar meronda dalam pekan Loei untuk mencari kalau2 ada kedai makan Muslim. Tiba tiba terasa licin pula brek belakang moto Cikgu Wan. Setelah diperiksa, satu perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku, penutup minyak silinder tiada ditempatnya. Cikgu Wan terlupa untuk menutup semula selepas cek minyak enjin tadi, nasib baik penutupnya masih ada di tepi stand tu saja. Dan selepas itu terjumpa satu kedai makan Muslim betul betul dekat roundabout 3 cabang. Malangnya belum dibuka atau tutup. Jadi tiada sarapan istimewalah konvoi pagi nie. Jam 11 konvoi 5 orang bergerak menuju Udon untuk berjumpa dengan Hamid. Perjalanan kami melaui route 201 dan seterusnya route 210 melalui tempat bernama Nong Bua Lam Phu. Malang sekali Hamid tidak dapat berjumpa dengan kami kerana dia ada hal, tapi apa pon terima kasih kepada beliau, kerana selalu bertanyakan hal kami ini.
Cuaca semakin panas dan semakin petang, baru dapat info dari kumpulan hadapan lebih kurang jam 2.30 petang memaklumkan bahawa mereka tengah selesaikan declare. Jadi kumpulan kedua pon telah memecut untuk ke border kerana takut kumpulan terakhir tidak sempat untuk memasuki Laos. Jadi kumpulan kedua pon cop keluar Thailand, dan oleh kerana tidak mengisi borang TM2, kami telah dikenakan bayaran 100 baht. Kami meneruskan ke imigresyen Laos merentasi sungai yang agak besar, Sungai Mekong barangkali.
Belum pon sempat kami menyelesaikan urusan cop Laos, kumpulan terakhir pon menyusul. Bimbang juga rasa di hati, tapi kami buat seperti yang dirancang. Selesaikan urusan terakhir iaitu pembelian insuran sebanyak 130 baht untuk seminggu, kami terus pergi cari sim kad Laos untuk komunikasi kami selama 4 hari nanti. Selesai urusan sim kad kami terus beredar bagi menjarakkan dengan kumpulan yang terakhir.
Apa lagi, pandu sebelah kanan lah kami, agak kekok, tapi ok ja. Kumpulan yang dihadapan pon belom hantar apa2 info, jadi kami berhenti seketika nagi mendapatkan apa2 maklumat dan mengisi minyak. Terkejut jugak dengan harga minyak, kami mula mencongak kos 4 hari di sini. Fuhhhh, terasa mahal sungguh.
Sepanjang perjalanan kami masing masing pandai2lah kami mencari tempat untuk menginap. Target asal Vang Vieng rasanya memang x boleh sampai oleh kerana keadaan jalan dan gelap. Jadi, malam ini, konvoi semua tidor di tempat yang berlainan dan jauh antara satu dengan lain. Kumpulan Fizzy, Adnin dan Md Rani tidor dekat guest house berhampiran kilang simen, iaitu hampir dengan Vang Vieng. Kumpulan Aju, Cikgu Wan dan Bg Razi pula tidor di petengahan antara Vientiane dan Vang Vieng iaitu Suan Savanh Resort. Bg Dan dan Cik Own pula tidor berhampiran dengan Vientiane. Malam pun berlalu, siap sedia lah konvoi untuk esok pagi dengan target adalah Luang Prabang.

DAY 5 : 1 DISEMBER 2015 --- SELASA
VANG VIENG KE LUANG PRABANG ( 184 KM )
Pagi yang dingin, semua konvoi bangun awal untuk meneruskan perjalanan ke Luang Prabang. Hari ini kami semua terpaksa memeriksa moto masing masing, kerana pomen x dak sama selama 4 hari.
Inilah Resort Suan Savanh yang kami inap, 400 baht atau 100 000 kip. Suasana kampung yang sangat menarik, ada kolam ikan dan mini restaurant, tapi non halal lah, minum pepsi boleh lah...............Tauke dia sungguh ramah......
Mula perjalan siang hari kami di Laos. Biarlah gambar berbicara tentang perjalanan kami ini.
DAY 6 : 2 DISEMBER 2015 --- RABU
LUANG PRABANG KE OUDOMXAI ( 197 KM )
Ini adalah gambar ketika kami berhenti berehat di satu kawasan lapang dan teduh, menarik minat kami tentang pasar tepi jalan, penuh dengan sayur, buah dan ikan darat.
DAY 7 : 3 DISEMBER 2015 --- KHAMIS
OUDOMXAI-BOTEN-PAK BENG-NAN ( 533 KM )
DAY 8 : 4 DISEMBER 2015 --- JUMAAT
JUST STAY AT NAN
DAY 9 : 5 DISEMBER 2015 --- SABTU
NAN-CHIANG RAI-GOLDEN TRIANGLE-MAE SAI ( 317 KM )
DAY 10 : 6 DISEMBER 2015 --- AHAD
MAE SAI KE PAI ( 331 KM )
Perjalanan konvoi kami bermula dari Piyaporn Hotel seawal jam 8 pagi. Kami semua tidak bercadang untuk sarapan di hotel kerana ramai pelancong yang menginap di hotel ini malam tadi, dan suasana di bahagian makanan sangat sesak. Jadi konvoi kami bercadang untuk bersarapan di perjalanan sahaja. Sebelum kami meninggalkan Mae Sai, kami sempat juga merayau rayau di sekeliling Pekan Mae Sai dan bergambar di batu paling utara Thailand.
Sepatutnya konvoi akan bergerak ke Doi Tung, Mae Sa Long pada pagi ini, tetapi disebabkan kesihatan beberapa rakan dan keadaan cuaca yang agak sejuk dan berkabus menyebabkan konvoi memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Pai.
DAY 11 : 7 DISEMBER 2015 --- ISNIN
PAI KE MAE SARIANG( 271 KM )
Konvoi berlima bangun pagi dan buat persiapan seperti biasa. Setelah barang semua sudah ada pada moto, kami pun check out lah dari Coffee Resort. Sebelum dapat keluar dari pekan Pai ini, jalan sangat sibuk, ini kerana terdapat pasar pagi berhampiran Muslim Resort yang didiami oleh Fizzy, Md Rani dan Adnin. Setelah melepasi kawasan pasar pagi di Pai, keadaan kembali lengang, maka dapatlah kami beraksi. Seperti biasalah, sambil menyelam minum air kan. Video di bawah ini adalah persinggahan pertama kami di atas Bukit Pai, ramai sungguh orang yang datang termasuk rakyat temptan sendiri. Keadaan cuaca agak sejuk.
DAY 12 : 8 DISEMBER 2015 --- SELASA
MAE SARIANG KE KAMPHAENG PHET ( 373 KM )
Perjalanan pada pagi ini sangat santai. Selepas bangun pagi di Hotel Mae Sariang, terasa badan masih keletihan, tapi oleh kerana semangat untuk meneruskan perjalanan maka digagahi juga. Perjalanan awal kami sangat sunyi melalui jalan kampong yang kadang kala terdapat gangguan seperti jalan rosak dan juga operasi sekatan jalan raya oleh polis atau askar Thailand. Tapi kami semua tidak diapa-apakan, semua dokumen lengkap. Sekali sekala seronok juga melayan kona jalan disini. Kadang kadang sampai lenguh pinggang, dan kami mengambil kesempatan isi minyak dari tong simpanan sambil berehat untuk sebatang dua rokok. Sekurang kurangnya hilang ngantok.
Perjalanan kami ini agak makan masa, dan butul betul jam 12 tengahari kami pon tiba di PTT Mae Sot. Berhenti lagi untuk seketika dan isi semula minyak simpanan. Setelah berehat hamper 1 jam, kami meneruskan perjalanan menuju Tak. Laluan adalah jalan berbukit dan berselekoh, sangat menarik untuk nak layan kepala. Kami bercadang untuk berhenti di awal pendakian kerana terdapat satu tempat aneh di situ iaitu Magic Hill Mae Sot.
Setelah sampai di Magic Hill, kami pon mula membuat ujikaji tentang penampakan curam dan teori tekanan gravity. Di bawah ini adalah gambar gambar dan video kami di Magic Hill
Setelah puas hati dengan kajian itu, kami meneruskan perjalanan ke Tak. Betul betu dekat persimpangan Tak, kami telah membuat semakan sticker yang kami lekat pada tahun 2013 di papantanda Mae sot 80 KM. Ternyata stiker itu masih berada di situ. Rasa bangga juga, heheheheheheheh. Hari dan cuaca juga panas pada hari ini. Kami semua sudah sepakat untuk bermalam di Khampaeng Phet. Apa apa pon jumpa dekat PTT sebelum persimpangan Khampaeng Phet. Masing masing dah agak letih, ada yang sakit perut, ngantuk, dan macam macam lagi. Oleh sebab itu lah kami bergerak ikut kemampuan masing masing. Jarang pekan Khampaeng Phet juga tida jauh dah. Semasa saya berhenti mengisi minyak di highway besar itu, saya terjumpa kembali brother India dari Pahang yang datang berkeluarga ke Thailand. Mereka tinggal di Hotel yang sama dengan kami di Mae Sariang. Cuma pada pagi itu beliau ingin mengikut jalan Hot, bukan jalan Mae Sot.
Alhamdulillah, kami semua dapat berkumpul kembali di PTT sebelum simpang ke Pekan Khampaeng Phet. Berehat seketika sambil mendapatkan khabar berita dari group Fizi, Ust Adnin dan Mat Rani.
Pada malam ini, kami menginap di resort yang sangat cantik dan mempunyai ruang yang agak luas di kawasan parking. Ini adalah bagus kerana moto Cik Own terpaka dibuka semula buat kali kedua dan moto yang lain juga perlu diselenggara. Jadi kami semua segera mandi dan mencari 7E untuk makan malam. Seperti biasalah, makan ala kadar saja. Selesai makan kami semua menuju semula ke resort untuk proses baik pulih motosikal. Kami semua saling bantu membantu, kerana faham faham sajalah, semua kami sudah keletihan. Moto Cik Own saja yang kena buat major repair, yang lain cuma nak perbetulkan rantai dan cek minyak enjin sahaja. Hampir jam 1 pagi baru selesai semua kerja penyelengaraan. Maka kami pon kembali ke bilik untuk sambung tidor...........

DAY 13 : 9 DISEMBER 2015 --- RABU
KAMPHAENG PHET KE KANCANABURI ( 350 KM )
Perjalanan hari ini terasa sungguh letih. Tidak nampak tempat di mana kami boleh sarapan melainkan 7E. Tetapi target kami adalah untuk makan tengahari di Suphan Buri. Maka rehat demi rehat hentian demi hentian, maka kami pon berjaya sampai di Kedai Makan Muslim Suphan Buri dengan selamat. Makcik kedai tu pon masih cam muka kami.
Lapang hati, ambil masa rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Kancanaburi. Lebih kurangjam 3.00 petang kami pon mula bertolak ke Kancanaburi. Cuaca memang panas, kami terpaksa berhenti dengan lebih kerap. Lebih kurang jam 5 petang kami pon sampai di Kancanaburi dan kami memilih river side villa sebagai resort seterusnya.
Pada malamnya kami meronda sekitar town kalau kalau terjumpa kedai makan yang bukak. Memang kami ada jumpa, tapi semuanya dah tutup. Tapi untuk lain kali, kami akan datang lebih awal. Memang ada banyak juga kedai makan Muslim di sini.
Setelah itu kami pergi mencari cenderahati pula berupa T-shirt dan key chain untuk rakan rakan. Setelah puas meronda, shopping dan ambil gambar kami pon pulang semula ke villa.
DAY 14 : 10 DISEMBER 2015 --- KHAMIS
KANCANABURI KE LANG SUAN ( 550 KM )
Sesudah Suboh, kami pon dah bersedia dengan barang semua di motor. Kami bercadang untuk laluan ke Lang Suan, Chumpon. Kami setuju untuk menginap di Jingjo Hotel Lang Suan.
Di awal perjalanan, kami telah terjumpa banyak Masjid di sebelah kanan jalan dan kebiasaanya jika ada Masjid maka adalah kedai makan Muslim. Tetapi kami tidak pula singgah kerana perut sudah diisi di 7E. Cuaca seperti biasa, agak panas. Kami akan berhenti di setiap 100 km atau sejaraknya. Satu insiden yang tak dijangka, Aju dan Bg Razi telah terlajak simpang. Namun mereka sedar yang mereka telah terlajak, sementara yang lain meneruskan perjalanan. Disinilah kami telah mengetahui tentang stesen keretapi Ban Pong. Dari sini konvoi mula berpecah, tetapi masih menyampaikan lokasi melalui whatapps. Apa apa pon, kami akan berhenti makan di Kedai Muslim Maream Prachuap Khiri Khan. Laluan highway yang lurus dan panas memaksa kami untuk berhenti lebih kerap. Akhir sekali kami berlima dapat berhimpun di kedai tersebut pada jam 4 petang. Dapat juga kami makan dengan enaknya.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Jingjo Hotel. Sebelum sampai di Jingjo, kami telah berhenti di PTT sebelum U-Turn ke Jingjo Hotel. DI situ terdapat seorang Muslim Myammar yang menjual roti canai. Masing masing beli untuk bekalan makan malam nanti. Pada jam 8.00 malam kami semua sampai di Jingjo Hotel, tetapi tidak menginap di situ, kerana harganya sudah mahal sedikit. Jadi, kami pilih hotel sebelahnya , lebih murah dari Jingjo. Maka tidorlah kami malam itu dengan nyenyaknya.
DAY 15 : 11 DISEMBER 2015 --- JUMAAT
LANG SUAN KE HAT YAI ( 409 KM )
Pada pagi ini, semua rakan telah siap sedia untuk memulakan perjalanan terakhir untuk sampai ke Hat Yai. Malam tadi semua telah dapat makan walaupon bukan yang sedap sedap, tapi cukup merehatkan. Laluan highway seperti biasa yang agak menjemukan.
Selepas moto kami periksa, maka kami pon mulakan perjalanan kami dan target kami adalah kedai Muslim PTT Thung Song, sup yang sedap. Ada la sedikit aksi kejar mengejar dan kami pon selamat sampai di kedai makan tersebut. Boleh makan sedap lagi. Selepas itu sekali lagi kami bergerak dalam kumpulan, namun masing masing tak nak tergesa gesa. Bergerak dalam keadaan tenang kerana Hat Yai dah tak jauh dah...... Lebih kurang jam 3.30 petang kami pon tiba di Bangkok Resort, resort pilihan kerana ada tempat parking yang selesa dan lebih selamat.
Hampir seketika kumpulan support kami pon tiba. Mereka datang dari Perlis iaitu kawan2 yang tak berjaya ke Laos. Pada malamnya kami pon keluar makan besar di restoran Muslim dekat Diana Hat Yai. Masing masing bukak cerita panjang lebar. Dan berlalulah malam itu dengan penuh keceriaan dan dramatik...........
DAY 16 : 12 DISEMBER 2015 --- SABTU
HAT YAI KE BESERI ( 82 KM )
Entah kenapa, x boleh tidoq semalam, Pak Lin pulok dok ajak borak, keluaq makan koteaw goreng lagi. Jadi terus aku x tidoq sampai pagi. Jam sudah pukui 6 pagi, jadi aku mandi, solat dan siap benda benda
semua atas moto, Pak Lin pon sama, dia kerja pagi nie. So, 6.30 kami pon gerak pulang dalam suasana masih gelap.
semua atas moto, Pak Lin pon sama, dia kerja pagi nie. So, 6.30 kami pon gerak pulang dalam suasana masih gelap.
No comments:
Post a Comment