GGK RIDE BUKAK POSA HAT YAI
Dok tak dok, pakat dok gaduh nak pi bukak posa Hatyai......bukannya rancang pon, tau tau jadi ja......Cuma teringin nak makan besar sup kuku lembu sempena buka posa 6. Lawak lawak pon jadi juga.......
Pada awalnya hanya Cikgu Wan dan Aju saja yang ada dekat Padang Besar. Kemudian dapat call Stone Cold dan Ust Adnin bahawa mereka pon nak join jugak....Ustaz bercadang nak buat suprise di Hat Yai, tapi dah berjerembab dengan Cikgu Wan dan Aju di traffic light Padang Besar, Stone Cold pon on the way......
Lebih kurang jam 6 petang barulah kami bertiga mula melepasi border. Throttle terus dipulas untuk mengejar Ustaz yang sudah di hadapan lebih kurang 30 minit. Purata kelajuan kami antara 100 hingga 120 km/jam. Kami berjaya tiba di kedai sup kuku Hat Yai sebelum azan Maghrib. Maka order pun diminta. Yang menjadi kehairanan kami Ustaz masih belum sampai.
Setelah order kami sampai, maka azan pon kedengaran. Maka berbukalah kami tanpa Ustaz. Seketika kemudian, belum pon sempat kami menjamah makanan, Ustaz pon sampai. Maka kami pon tambah order dan makanlah dengan pelbagai hidangan dan siap ada yang bungkus bawa balik lagi....... Tapi Ustaz, tak dapat nak tapau sup kuku kerana sudah habis... Lain kali sajalah........
Setelah selesai makan, Fizi Ustaz dan keluarganya mohon untuk pulang. Maka selesailah hajat untuk bukak posa malam nie. Dengan tak semena mena, Cik Ein (okaw), Cik Den dan Tok Own Batas muncul. Rupanya mereka pon last minit juga nak mai. Tapi malang lagi lah pasai sup kuku dah habih. Maka kami sekarang dah jadi berenam. Sedikit perbincangan diutarakan samaada nak menginap di Hat Yai atau Bukit Kayu Hitam. Jadi lebih dekat dengan Padang Besar, kami semua sepakat untuk bermalam di Perfect Place Bukit Kayu Hitam.
Selesai makan kami pon bertolak ke Perfect Place dan tiba di sana pada jam 11 malam. Bilik sangat luas dan harga pula ialah 550 baht. Aircond sangat sejuk. Tentu tidoq lena malam nie.
Keesokkan paginya, kami semua ingin bersarapan dan makan tengahari di Sadao daging bakar. Tiba di Sadao jam 11.00 pagi. Order macam macam lagi sampai tak habih makan. Bungkus bawak balik apa yang tak dapat kami habiskan. Kami semua selamat memasuki Malaysia pada jam 2.00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment