About Me

My photo
matduan22@yahoo.com toyotahilux22@yahoo.com

LOGO GGK

LOGO GGK
Brotherhood Of Bikers

SEJARAH GGK

Ini adalah satu kumpulan bermotosikal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja semasa TTS bersama. Mungkin nama kumpulan ini sesuai dengan jiwa ahli kumpulan yang memang suka berkonvoi demi mencari kepuasan bermotosikal. Jangan salah faham, kumpulan ini bukannya hanya untuk mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi sahaja. Sejarah penubuhan kumpulan ini juga bermula dengan majoriti ahli hanya mempunyai motosikal kecil sahaja. Ahli tidak kisah walau apa pun jenis dan saiz motosikal yang dimiliki, asalkan dapat memenuhi impian ahli untuk berkonvoi. Dari moto kecil, lama lama jika berkemampuan , kami berharap semua ahli dapat memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti, cuma dari masa ke semasa cuba lah kita fahami perangai dan habit kawan2 kita supaya tidak timbul sebarang miscomunication , In Sya Allah.

Monday, October 25, 2021

FENOMENA COVID-19 DAN KEMBARA BERMOTOSIKAL

Tidak dinafikan sebilangan besar peminat tegar kembara bermotosikal masing masing sudah ketaq kaki (bahasa org utara) nak kembali menjelajah atau mengembara dengan motosikal tercinta. yang mana selalu ride dengan kawan kawan, pastinya ternanti nanti saat berkonvoi menuju destinasi terpilih. Bagi kami, ahli GGK, sebahagian  besar dari kami memang simpan terus kuda tunggangan, ada yang dah mati cukai jalan dan insuran, maklumlah covid-19 nie dah nak masuk 2 tahun hidup bersama sama dengan kita. 

Walaupun telah dibenarkan kepada rakyat Malaysia untuk rentas negeri, tapi bagi kami, biarlah depa pi dulu kerana banyak sangat dok dengaq yang tak berapa elok jadi. Kemalangan sana sini, maklumlah baru boleh jalan jauh sikit, nye buat cempera habih. Bukan nak kata kat depa, tapi dah lama sangat dok simpan, depa pon mana tahan kan. Jadi kita harapkan dimudahkan urusan masing masing naa. 

Satu lagi, memandangkan group kami nie pro kepada ride luaq negara terutama Thailand, sebab tu la juga kami tak kalut sangat nak konvoi dalam Malaysia ni. Bukanlah kami ni anti kepada tanah air sendiri, tapi kita sendiri sedia maklum la, roadblock rata tempat rata cerok. Kawan kawan kita yang dok konvoi ni kebanyakkannya dah modi macam macam. Jadi kos konvoi belah Malaysia nie makan modai la sikit. Faham faham la naa.... 

Oleh yang demikian, ahli GGK nie lebih suka untuk simpan duit dulu, nanti kalau keadaan dah nampak macam lapang, kita atoq la cantik cantik. Bagi kami, dalam hal konvoi nie jangan anggap macam pertandingan, nk lawan sapa dah sampai situ, sapa sampai dulu, sampai dengan apa, sampai paling awai, mintak simpang, kami cuma tumpang nak tengok keindahan tempat orang, sebab tu kami konvoi dengan kawan kawan. Nabi kita pon menganjurkan kita mengembara, kalau boleh dalam bilangan ganjil, paling kurang 3 orang la. Tapi group kami nie biasanya akan konvoi dalam bilangan genap sebab senang nak atoq bilik.

Kalau ikut fakta yang kami dapat, keadaan covid-19 di Thailand masih dalam keadaan bahaya, walaupon dah boleh masuk Thailand melalui lapangan terbang. Dikhabarkan baru 37% warga Thailand yang telah lengkap mendapatkan vaksin daripada lebih 60 juta penduduk mereka. Mengenai nilai baht berbanding MYR sekarang telah menampakkan sedikit kenaikkan atau nilai tambah kepada duit kita. Pembukaan masuk ke Thailand ini juga ada desas desus menyatakan kerana ekonomi Thailand sekarang agak terok bukan kerana keselamatan dari covid-19 yang semakin pulih.