Pada asalnya konvoi kali ini adalah untuk support ride saudara Fariq, Tok Own, Fizi dan rakan rakan moto cub yang lain. Tetapi disebabkan kekangan semasa maka konvoi cub terpaksa ditangguhkan kecuali Fizi dan Cik Man. Untuk catatan pengembaraan Fizi dan Cik Man boleh kiranya saya sisipkan bersama catatan pengembaraan saya ini. Jadi keputusan akhir sebelum kami bertolak adalah seperti berikut.
Cikgu Wan, Mat Denin dan Aju Botak akan ride bersama moto besar masing masing bermula pada 1 Disember 2016. Saudara Fizi dan Cik Man akan mula ride dengan cub pada 30 November 2016. Manakala saudara Fariq dan Ir Dr Shahrul @ JKKK akan bertolak dengan flight dari Hat Yai pada 2 Disember 2016. Nampak sedikit pelik ride pada kali ini, tapi inilah hakikatnya jiwa 2 roda. Macam mana pon boleh.
Dari segi persediaan, memang kami semua telah bersedia dari segi fizikal dan juga logistic. Semangat yang cukup tinggi untuk ride kali ini, maklumlah sudah diumumkan bahawa tidak ada ride pada tahun 2016 ini, tetapi atas permintaan rakan2, maka terjadilah ride yang tak dirancang pon pada mulanya.
Mat Denin
Cikgu Wan
DAY 1 (PADANG BESAR TO HUA HIN - 800 KM)
Lebih kurang jam 7.00 pagi, setelah selesai persiapan, Cikgu Wan pon bergerak ke tempat yang dijanjikan iaitu kepala titi Tok Mek. Walaupon hujan masih dan akan terus menitis, perjalanan tetap diteruskan. Sambil menunggu ketibaan Ustaz Adnin dan Aju Botak, sempatlah kita membuat semakan terakhir sebelum pendikit berpusing.......... Lebih kurang jam 7.30 pagi, semua sudah bersedia, dan disambut langkah pertama dengan hujan yang agak lebat, inilah rahmat ride kali ini. Vroom......... kami bertiga pon berangkat menuju border tanpa perlu memikirkan pasal cop dan declare lagi.
Cuaca sejuk dan suasana awal pagi sedikit sebanyak mempengaruhi kelajuan moto kami. Kami bercadang untuk berada pada kelajuan purata 140 km/j, tetapi perlu dikurangkan memandangkan sebelum tibanya di PTT Ratthapum, kami sudah menyaksikan satu kemalangan. Dan perjalanan diteruskan sehingga tiba di PTT Ratthapum untuk berhenti buang air. Cuaca sejuk, al maklumlah......... Di sini juga kami berjumpa dengan bikers otai dari Telok Intan Perak. Salah seorangnya adalah abang Fahimin serta isterimya. Kelompok mereka agak ramai, lebih kurang 10 orang jugak rasanya. Tempat tujuan mereka juga sama dengan kami iaitu Hua Hin. Selepas berbual seketika, kami pon meneruskan perjalanan untuk sampai ke PTT Phattalung bagi pengisian minyak pertama kami. Selepas itu kami akan bersarapan pagi di Route 41 Coffee, kerana Cikgu Wan sudah menyiapkan nasi goreng yang digoreng sendiri sebelom Suboh tadi. Sambil mengambil gambar dan mengurangkan kesejukan badan, kami pon makanlah seadanya bersama kopi yang diorder. Hampir sejam juga kami di sini, apa tidaknya, berjumpa pula dengan Otai Harley Davidson JB, saudara Akimi (AKM 1474), Volvo V70, yang juga sedang menuju ke Thousand Corner bersama keluarganya dari Johor Bharu.
Setelah puas berbual, sticker juga sudah ditampal, tak pastilah kalau disini pon ada insan yang berminat dengan sticker kami, apa boleh buat.........kami tampal lain, bukan susah pon, kami pon meneruskan perjalanan dalam hujan kadang kala renyai kadang kala lebat. Kelajuan juga berubah ubah mengikut kesesuaian.
Cuaca hujan dan kebasahan ini berlarutan sehingga 300 km pertama kami, selepas itu cuaca mulai cerah dan disulami cahaya matahari yang semakin terik. Lebih kurang jam 1 tengahari waktu tempatan, kami sekali lagi berhenti untuk pengisian minyak dan menghabiskan nasi goreng yang masih elok lagi, boleh jimat dah kan, sapa yang masak......... Selepas itu perjalanan lurus yang seakan akan membosankan membuatkan Cikgu Wan skip cerita sehingga kami telah memotong seorang penunggang motosikal dari Malaysia, moto kunin, apa jenih pon tak tau...........sempat la picit hon dan angkat tangan. Setelah itu, jam tempatan menunjukkan 5.30 petang dan kami mengambil keputusan untuk melakukan Jamak Takhir di PTT Wiang Sa rasanya kerana waktu dah nak hujung2 nie. Selepas selesai kami pon terus menuju ke Prachuap Khiri Khan, iaitu Kedai Mariam Muslim Food, kedai makan yang tetap kami singgah jika bukak. Lebih kurang jam 7.30 malam waktu tempatan, kami bertiga pon sampai di Kedai Maream Muslim Restaurant. Jeng 3X...............
Ada lagiii.... Jangan curi naaa....
Moto kunin pon adaaaa............
Nindiaaa, teh ais hok sedappppp, 700 km bru bejumpa..
Nak dijadikan cerita, moto kunin yang kami potong tadi pon ada. Apo laiee.....Borak panjang la jugak. Solo rider rupanya. Dia bahasakan diri dia Sareza, cikgu kat SMK Bukit Payong Jitra Kedah. Tempat tujuan pon sama, Hua Hin jugak, tapi mata dia x berapa klia bila malam, nak mintak tolong kami follow dia sampai Hua Hin. Kami on jaaaa. Setelah selesai makan kami pon konvoi berempatlah jadinya. Pelan2 pi, 100 km jugak, dalam kegelapan, akhirnya sampailah kami di Hua Hin, nak cari resort yang dekat dengan tapak Bike Week. Akhirnya dapat resort apatah.........
DAY 2 (HUA HIN TO KANCANABURI - 200 KM)
Setelah mengambil rehat yang cukup pada awal pagi, kami pon bersedia check out, memandangkan Bike Week masih awal untuk penjualan baju. Nampak ceria bukan......... Jom kita ke tapak bike week. Ini dah kali kedua kami ke sini, namun jalan masuk masih konpius. Bukan apa, saja tik mau nak ingat, ingat naa, pintu gerbang merah belah kanan, atau jalan masuk istana. Cari lah bike week di sana. Akhirnya ..............sampailah buat kali yang kedua.
Check out, nak gerak ke Bike Week........
Organiser Bike Week........
Design depan tain 2016....
Design belakang.....
Design yang lain.......
Perasmian parking tapak bike week...........
Lama jugak kami di tapak bike week nie, maklumlah, pi terawai, apa pon x dak lagi, organizer pon kelam kabut, staff x bangkit tidoq lagi........ Habih baju depa tuang atas kain kanvas, nak bagi orang kelas baju, tapi baguih la organizer tu........layan sungguh.........Selepas beberapa ketika, kian menyusul peminat peminat motosikal, dari Thailand dan juga pelancong asing. Semuanya berkehendakan t-shirt bike week. Hantu jugak t-shirt bike week nie, bukannya ada apa pon, t-shirt macam yang lain juga. Tapi tu lah, minattttt.
Selang beberapa ketika.......line up.....
Setelah selesai berbual, membeli t-shirt, ambil beberapa gambar, kami pon bergerak ke tepi pantai untuk mencari beberapa lagi kenangan sebelum melambai tangan kepada Cik Kiah solo rider untuk meneruskan perjalanan mengejar Fizi dan Cik Man yang sudah berada di Kancan Buri.
Antara pemandangan pantai Hua Hin....
Nampak ok, tapi x dak sapa pon mandi...........
Nyoq nan sebatang.........
Sedang kami menikmati pemandangan tepi pantai Hua Hin, tiba tiba datang sekumpulan scooter berdekatan tempat parking kami. Rupa rupanya team Bikers Telok Intan yang kami jumpa di Ratthapum kelmarin. Berbual panjang jugak lah........... Lewat lah sikit perjalan kami pada hari ini. Tapi tak mengapa, perjalan hari ini cuma 200 km ja ke Kancana Buri.
Kami teruskan penjelajahan Hua Hin pada kali ini ke Rajabakhti Park. Apa yang sebenarnya untuk diceritakan tentang Rajabakhti ini, kami sendiri pon kurang pasti tetapi adalah berkisar tentang kepahlawanan Siam dahulu kala. Mungkin gambar di bawah dapat memberi sedikit gambaran di Taman Pahlawan ini.
Tujuh pahlawan Siam.....
Tiga badang Melayu.....
Mahaguru kita........
Selesai di Rajabakhti, kami pon cargas menuju Kancana Buri. Dah berjanji akan jumpa di PTT Hua Hin untuk sarapan dan isian minyak. Entah macam mana boleh tertinggal jugak mahaguru kami. Last berjumpa sebelum simpang nak masuk pantai Cha Am. Lalu kami pon terus bergerak ke Cha Am dulu untuk cari kedai makan tengahari sebab dah tepacak pukui 12.
Lepak kedai nie la kami di Cha Am.........
Apa tulih pon x tau..........janji ada bulan bintang...
Sticker siapppppp............
Tengok jelah...........
Selepas selesai makan, kami pon terus bergerak dalam keadaan panas yang agak terik. Cuma diingatkan, kami perlu berhati hati untuk memilih jalan ke Kancana Buri, kerana terdapat 3 jalan yang boleh dilalui untuk ke sana. Kami mengambil keputusan untuk memilih jalan 323 kerana ianya lebih senang dan dekat. DI bawah ini ada beberapa gambar sebagai kenangan kami.
Berenti kompom maps...........
Tak jauh dah.............
Lebih kurang am 6.00 petang kami bertiga sampai di Kancana Buri. Sebelum kami check inn resort, kami pergi meronda dulu, snap gambaq barang dua tiga keping.
Selepas tu baru lah kami gerak ke resort dan kami memilih Bamboo Ya sebagai resort penginapan kami kerana murah dan cantik.
Belakang tu lah resort kami...........
Cantik kannnnn.........
Bila senja kian melabuh...........
Layan owhhh........
Malam berlabuh, kebetulan pula, ada buat celebration Raja Chulalongkorn dekat town dia, so agak kelam kabut jugak lah, jalan masuk ditutup. Jadi kami pon meronda malam Kancana Buri dengan basikal. Basikal kami sewa dengan bayaran 50 baht sebiji. Lenguh jugak la dok kayuh gerek nie. Lama la juga tinggai gerek, dok pulaih moto jaa.
Bujang Lapok kmlm nie ............
Dah la malam, dok pi melawat kuboq pulok, apa la hgpa ni, tapi tu dulu2, waktu zaman tak ngaji, buat takut macam macam. La nie boleh pikiaq aih. Kita cuma nak mai melawat jaa. Nama Melayu pon ada dalam list kuboq nie. Lepas tu kami pusing tengok cahaya pulok, sungguh warna warni. Ada sedikit video untuk dikongsi di bawah.
Dah geng, jom balik tidoq, esok nak gerak awai pagi, jauh lagi, 240 km sehala. Jom jom jom................ Beli apa barang sikit untuk sarapan esok kat 7 eleven. Bye bye..........
DAY 3 - KANCANA BURI - SANGKHLA BURI - AYUTHAYA - 600 KM
Siap ke Sangkhla Buri.........
Perjalanan pagi ini agak jauh, walaupon satu jalan sahaja iaitu jalan 323, tapi keadaan jalan kami tidak pasti cuma dari maps, dapat dibayangkan laluan tepi empangan dan juga berbukit. Semasa pergi terdapat satu kedai Muslim di kanan jalan. Selepas lebih 150 km, kami berhenti di PTT sebelum simpang ke kanan untuk ke Sangkhla Buri. Macam biasa, 7 eleven kedai yang ada makanan yang boleh kami makan. Selepas itu kami belok ke kanan, dan dari situ jalan sudah mula berbukit dan berliku serta sekali sekala jalan yang tidak rata.
DAY 4 - AYUTHAYA - RAYONG - PATTAYA - 210 KM
DAY 5 - PATTAYA - CHA AM BEACH - 320 KM
DAY 6 - CHA AM BEACH - SURATHANI - 480 KM
DAY 7 - SURATHANI - BESERI - 400 KM
No comments:
Post a Comment