About Me

My photo
matduan22@yahoo.com toyotahilux22@yahoo.com

LOGO GGK

LOGO GGK
Brotherhood Of Bikers

SEJARAH GGK

Ini adalah satu kumpulan bermotosikal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja semasa TTS bersama. Mungkin nama kumpulan ini sesuai dengan jiwa ahli kumpulan yang memang suka berkonvoi demi mencari kepuasan bermotosikal. Jangan salah faham, kumpulan ini bukannya hanya untuk mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi sahaja. Sejarah penubuhan kumpulan ini juga bermula dengan majoriti ahli hanya mempunyai motosikal kecil sahaja. Ahli tidak kisah walau apa pun jenis dan saiz motosikal yang dimiliki, asalkan dapat memenuhi impian ahli untuk berkonvoi. Dari moto kecil, lama lama jika berkemampuan , kami berharap semua ahli dapat memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti, cuma dari masa ke semasa cuba lah kita fahami perangai dan habit kawan2 kita supaya tidak timbul sebarang miscomunication , In Sya Allah.

GGK-PTB DAN 1K CORNER-2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera............... Episod konvoi pada tahun ini adalah berkisar jadi ka tak jadi, bunyi macam pelik, tapi itulah hakikatnya. Macam macam karenah didapati pada awal perbincangan. Antaranya ialah faktor kewangan, motosikal, masa, tugasan dan lain lain. 

Projek asal telah disuarakan oleh Cikgu Man pusat Ko bersama Cikgu Fizi PK Ko SK Padang Kota. Agenda asal telah dirangka oleh mereka dan sesekali mereka bertanyakan pendapat semasa mengopi malam malam di warung sekitar Kangar dan Beseri. So diringkaskan cerita maka terhasil lah tentatif seperti yang telah berlaku sepanjang 10 hari perjalanan cuma rider nya sahaja yang berbeza. Ini disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan walaupon telah dibincang lebih awal. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menjangka dengan tepat semuanya. 

Sebagai permulaan episod konvoi kali ini saya paparkan rider rider yang telah menjayakan ride GGK untuk tahun 2022.

1.   Cikgu Azman Bin Mat  (BMW GS 1250A)



2.   Cikgu Mohd Hafizi Bi Shahibi  (KAWASAKI VERSYS 650)



3.   Cikgu Rasyidan Bin Rejab (KAWASAKI VERSYS 650)



4.   Yuslan Bin Yusof    (KAWASAKI VERYS 650)



5.   Radzi Bin Abdullah (KAWASAKI VERSYS 650)



6.   Paklong Wan (APRILLIA CAPONORD 1200)



7.   Rizal Hazril Bin Kamis (APRILLIA CAPONORD 1200)



8.   Cikgu Rizuan Bin Hamid (KTM ADVENTURE 990)



DAY 1 - MONDAY - 12/12/2022

WANG KELIAN - PRACHUAP KHIRI KHAN (700KM)

Perjalanan konvoi kali ini bermula dengan semua rider akan bersarapan pagi di kedai nasi lemak bersebelahan pagar Pusat Ko-Kurikulum Timah Tasoh pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah semua rider dapat sampai dan bersarapan seadanya disini iaitu lokasi pilihan Cikgu Man sendiri. Selesai sarapan kami pon mula menyemak dan bertanyakan sesama rider apa2 barang yang mungkin tertinggal. Tiada apa yang terlupa dan dengan penuh keceriaan kami pon memulakan perjalanan dari sini menuju ke Border Wang Kelian pada jam 8.30 pagi. Seperti biasa sebelum tiba di Border Wabg Kelian kami akan mengisi semula petrol bagi penuh. Di Caltex ini juga Okaw sempat berjumpa dengan saudaranya dari Kuala Lumpur yang juga ingin ke Thailand. 

Alhamdulillah, urusan di border kedua dua belah pihak tidak mengambil masa yang lama kerana mungkin 12/12/2022 merupakan hari bekerja. Lebih kurang jam 9.30 pagi, semua urusan di border selesai dan kami pon memulakan perjalanan menuju destinasi pertama kami iaitu Route 41 Phattalung untuk singgah tengok cenderamata dan sticker serta merasai kopi pilihan masing masing. Kelajuan konvoi kami anggarkan dalam lingkungan 110 km/j hingga 130 km/j. Beberapa tempat disepanjang Route 4 sedang dinaik taraf. Jadi ini telah menyebabkan konvoi lebih berhati hati. 

Lebi kurang jam 10 pagi waktu tempatan, kami pon sampai di Route 41 Phattalung. Perkara pertama yang aku buat ialah pergi cek sticker dikedai nie, alhamdulillah, masih ada. Acara di sini boleh  lah digambarkan seperti photo photo dibawah. Setelah selesai acara disini, kami pon ingin teruskan perjalanan. Namun,  moto KTM Cikgu Wan buat hal, x boleh start, tiada penyambungan kuasa elektrik. Apa lagi, kepakaran Okaw diperlukan buat pertama kali nya untuk konvoi kali ini. Disyaki wayar pada fius bateri, dengan sedikit sentuhan moto alhamdulillah dapat dihidupkan dan berjaya meneruskan perjalanan pada jam 11.15 pagi.















Perjalanan seterusnya adalah selama hampir satu jam untuk tiba di hentian PTT Thung Songs pada jam 12.15 tengahari untuk rehat dan isian semula petrol. Disini kami hanya mengambil masa selama 10 minit dan meneruskan perjalanan. 

Perjalanan seterusnya pula adalah lebih kurang 1 jam juga sebelum tiba di suatu persimpangan lampu isyarat dan moto KTM Cikgu Wan sekali lagi mati dengan tiba tiba di situ. Maka kami semua sekali lagi rehat di tepi jalan dekat lampu isyarat itu untuk tengok apa pulak kerosakan kali ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1.24 petang. Buat kali kedua Okaw terpaksa bedah bahagian bawah enjin KTM. Alhamdulillah, benda yang sama juga berlaku. Oleh itu Okaw telah memperkemaskan ikatan wayar bateri. Kami pon tunggu reda penat seketika dan meneruskan perjalanan tepat jam 1.45 tengahari. Cuaca dikatakan baik kerana agak redup walaupon nampak seolah olah berbahang matahari.





Setelah menunggang selama 1 jam 18 minit akhirnya konvoi kami selamat sampai di PTT Jingjo Lang Suan pada jam 3.00 petang. Jingjo dalam bahasa Thai bermaksud kanggaroo. Jadi kami ambillah beberapa gambar kenangan di sini . Antara nya adalah seperti dibawah. Kami menghabiskan masa selama lebih kurang 51 minit disini sebelum meneruskan perjananan pada jam 3.42 petang.












kami menunggang lagi selama 51 minit dan tiba di PTT Thongmee Petroleum Limited . Jam menunjukkan pukul 4.33 petang, jadi kami ambil keputusan untuk sembahyang jamak disini.  Disini kami ambik masa tak begitu lama, sebab hari dah semakin petang dan nak menghampiri gelap. Selesai sembahyang dan rehat selama 35 minit, kami meneruskan lebih kurang jam 5.10 petang. 







Setelah selesai sembahyang dan rehat, kami pon teruskan perjalanan yang masih berbaki 100 kilo lebih lagi  sebelum malam menjelang tiba. Tetapi perancangan Allah itu lebih baik, kami selamat tiba di kedai makan Maream di Prachuap Khiri Khan pada jam 7.00 malam waktu tempatan. Malang buat kami kerana kedai ini sedang bersiap siap untuk tutup kerana makanan sudah habis. Kebiasaannya kedai akan ditutup padam jam 8.00 malam. Nampak gayanya kena stop kat 7E jugak lah gayanya......... 

Maka bergerak lah kami menuju 7E untuk beli sedikit makanan makan malam di bilik nanti dan isian semula petrol untuk perjalanan esok. Selesai membeli bekalan kami pon menuju resort yang sudah ditempah melalui aplikasi Agoda. Sesampainya di resort alangkah terkejutnya kami bahawa resort itu dalam sesi baik pulih. Haaa....Sudah ....Duit sudah dibayar......................

 Jadi cakap macam mana pon x guna dah, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi mencari resort bajet di tepi jalan besar. Banyak juga resort ditepi jalan besar yang menawarkan harga serendah 350 baht satu bilik. Akhir sekali kami memilih Three Bays Resort sebagi tempat penginapan gantian dimalam pertama perjalanan kami pada jam 8.45 malam dengan twin bed 400 baht sebilik. Alhamdulillah, keadaan bilik ini tidak lah mengecewakan, agak selesa dan sunyi..... Boleh lah tidoq dengan aman malam nie.......

Tentang duit resort yang sedang dibaik pulih, saya dah report kepada Agoda melalui email dan mereka berjanji akan memulangkan semula wang yang dibayar , alhamdulillah.......



DAY 2 - TUESDAY - 13/12/2022

PRACHUAP KHIRI KHAN - PHRA NAKHON SI AYUTHAYA (360KM)

Seperti biasa, aku rasa bilik aku ngan Cikgu Man lah yang paling awai bangun. Aku pi usha bilik lain masih senyap ja lagi. Pergerakan pad hari kedua ini, kami sudah pon sepakat untuk mulakan perjalanan sesudah kami bersarapan di kedai Maream yang tak dapat kami makan semalam. Kedai ni bukak seawal jam 7.00 pagi. Oh ya, bila bercakap tentang jam, bila aku sebut jam 7.00 pagi tu bermaksud 7.000 pagi Thailand lah, sebab kami sekarang berada dibumi Thailand. Jadi jangan menyerabutkan kepala kita dengan jam Malaysia di Thailand nie. Selesai check out, kami bergambar beberapa keping, staff resort tu suruh kami minum jugak coffee yang dia dah panaskan air. Maka rakan rakan bikers pon minum lah sikit, kecik hati makcik tu......




















Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi dan kami pon menghidupkan jentera masing masing dan menuju ke kedai Maream , tak jauh pon , baru nak masuk gear 4 dah sampai di kedai nie......

Sesampai nya kami di kedai ini, ingatkan kami la yang terawal, rupanya dah ada pelanggan sampai kami nak parking pon agak susah lah , dah penuh ngan pikap dan kereta pelanggan yang lain.

Perkara pertama yang saya pergi tengok adalah sticker group kami, alhamdulillah, masih ada melekat di cermin kedai nie. Sekarang kami pon orderlah makanan yang ditunggu tunggu iaitu sup tulang dan menu lain. Tapi kami juga tidak melupakan seorang rider kami yang memang pantang sungguh sungguh ngan apa2 daging, jadi kami dengan segala hormatnya meminta Pak Long Wan untuk order apa yang dia nak makan , nak buat macam mana kan, dia kata tak mau bagi susah kawan2. Faham2 ambik la ayat nie naa......




Hampir sejam jugak kami menghabiskan masa untuk sarapan berat kami. Kemudian kami meneruskan perjalanan tepat pada jam 8.20 pagi. Kali ini kami menunggang selama 1 jam 40 minit sebelum berhenti di PTT 101 Hua Saphan, Mueang Phetchaburi District pada jam 10.00 pagi. Disini kami ambil masa selama 25 minit sebelum meneruskan perjalanan selama 35 minit lagi untuk sampai di Rom Hup Market atau lebih dikenali sebagai Mae Khlong Market. 

Alhamdulillah kami berjaya sampai di Rom Hup Market pada jam 10.45 pagi dan dapat parking moto dikawasan yang agak selamat berhampiran stesen van disini. Kami pon berjalan menuju ke lokasi viral landasan keretapi dan sekali lagi kami bernasib baik kerana setibanya kami disini orang ramai khususnya pelancong sudah pon berpusu pusu mencari lokasi terbaik bagi mengambil gambar atau video menarik. Berikut adalah antara gambar dan video yang dapat kami kongsikan.




























Di Rom Hup Market ini kami menghabiskan masa selama 1 jam 20 minit sebelum meneruskan perjalanan pada jam 12.05 minit tengahari. Kami menunggang untuk ke stesen PTT terdekat untuk isian semula petrol di PTT Mae Klong Samut Songkhram. Disini kami mengambil masa selama 30 minit untuk isian semula, rehat, buang air dan minum kerana cuaca agak panas ketika menuju pinggiran kota Bangkok. Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju pinggiran kota Bangkok pada jam 12.45 tengahari. 

Perjalanan kali ini sangat sukar kerana kami perlu melalui kesibukan highway yang sangat dasyat, sehinggakan saya terpaksa memberhentikan konvoi disatu kawasan lapang sebelah highway kerana bimbang tentang temperature motosikal kawan2 yang semua nya naik hampir ke tahap maksimum. Beginilah keadaan kami ketika berhenti rehat waktu itu. Jam ketika ini menunjukkan 2.15 petang. 









Disini kami mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk rehatkan enjin sebelum meneruskana perjalanan ke PTT route 345 untuk rehat dan minum, cuaca semakin panas. Kemudian kami meneruskan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit dengan laluan kesesakan yang hampir berkurangan dan sampai di PTT route 345 pada jam 3.15 petang. Di PTT ini sekali lagi kami menghabiskan masa selama 30 minit sebelum meneruskan pada jam 3.45 petang. Tunggangan terakhir pada hari kedua ini memakan masa 1 jam 8 minit sebelum kami pon tiba dengan selamat di Resort yang sudah pon kami tempah iaitu The Park Ayuthaya Resort and Spa, Ayuthaya pada jam 4.50 petang. 

Selesai urusan check inn, kami pon menuju bilik untuk mandi dan sembahyang. Kemudian kami pon keluar berehat di sekitar resort ini bagi menikmati suasana nya yang cantik dan indah dikelilingi taman taman yang menghijau dan hiasan yang agak cantik, tapi nyamuk memang agak banyak, maklum lah banyak pokok pokok yang menjadi persembunyian 'yung', kata orang Thai.

Jamo 7.00 malam, kami pon keluar beramai ramai untuk ke sebuah kedai makan di Ayuthaya ini dengan menaiki tut tut, Pada mulanya kami cuba booking grab sebab tak nampak pon tut tut lalu di hadapan resort kami. Nasib baik ada sebuah tut tut hijau metlik lalu dan dengan pantas kami tahan beliau. Beliau pon gostan balik dan bermula lah conversation 'rahsia' antara Cikgu Wan dan driver itu. Jadi kami pon tiba di kedai makan yang dimaksudkan dalam masa tak sampai pon 5 minit. Makan lah kami makanan yang dipesan secara berjamaah. Okaylah, sedap jugak. 

Selesai makan kami pon ingin balik sambil singgah pasar malam yang kami nampak semasa perjalanan datang tadi. Perghhhhhhhhhhhhhhh, panjang sungguh pasar malam nie. Ada tiga baris, satu laluan pergi dan satu laluan balik. Cadangan kami begitulah. Tapi setibanya di hujung pasar malam tak jadi lah nak patah balik sebab berasa tak larat dah sebaab sebelah pon dah rasa macam jauh dah berjalan. Lepas tu pulok, depan kami nie ada konsert baru nak mula, tu yang tak semangat nak patah balik pusing pasar malam tu. Maka kami pon menghabiskan lah masa malam itu dengaan menyaksikan konsert live di Kota Ayuthaya......... 












DAY 3 - WEDNESDAY - 14/12/2022

PHRA NAKHON SI AYUTHAYA - PHU TUB BERG (380KM)

Pagi hari ketiga ini kami semua bangun seperti biasa, mandi, solat dan minum kopi free. Seperti dirancang jam 7.00 pagi kami semua sudah menanti driver tuk tuk semalam untuk membawa kami melawat di sekitar kota purba Authaya. Tepat jam 7.00 pagi, tuk tuk hijau metalik siap menunggu kami di depan pintu masuk resort. 

Destinasi pertama kami pagi ini ialah kedai makan untuk kami sarapan dulu. Tak sampai  10 minit pon kami pon sampai di kedai ini. Alhamdulillah, kedai agak besar dengan pelbagai menu. Pada pandangan kami kedai ini merupakan kedai tumpuan di kawasan ini. Lebih kurang 45 minit kami pon selesai dan akan ke tempat lawatan seterusnya iaitu Wat Cambodia style.


 
Nie adalah driver tuk tuk hijau metalik yang membawa kami bersiar siar di sekitar kota Ayuthaya kali ini. Depa kata muka dia seakan akan muka Bang Dan. Pakat nilai sendiri la naa....

5 minit perjalanan kami pon sampai. Untuk masuk ke sini, perlukan sedikit bayaran di kaunter. Di sini kami meluangkan masa selama lebih kurang 25 minit sebelum ke lokasi seterusnya. Di bawah ini adalah sebahagian daripada suasana di Wat Cambodia Style.






Destinasi seterusnya pulak adalah Wat Burma style. Untuk masuk kesini tidak dikenakan bayaran. Kedudukannya tidak jauh dari lokasi pertama tadi. Lagi sekali kami memperuntukkan selama 25 minit untuk lawatan disini. Dibawah ini adalah sebahagian dari gambaran disini.


Selesai lokasi kedua kami membuat keputusan untuk ke lokasi terakhir memandngkan masa dah semakin hampir dengan waktu yang kami rancang untuk perjalanan hari ini iaitu ke Phu Tub Berg. Lokasi terakhir ini adalah tempat penjagaan gajah. 

Untuk masuk kesini, tidak dikenakan bayaran tetapi lebih baik sekiranya kita dapat membeli makanan untuk gajah untuk kita beri makan sendiri buat kenag kenangan. Best jugak laa boleh bagi makan gajah.....😅😅😅😅😅

Setelah selesai lawatan pagi ini, kami pon bergegas balik ke bilik untuk check out. Seperti dijangka kami check out pada jam 10.00 pagi. Selesai check out, kami memandu secara perlahan supaya dapat melihat sendiri suasana kota purba Ayuthaya di waktu pagi dan singgah di PTT Siripan Supply Limited untuk isian semula. DIsini jam sudah menunjukkan 10.35 pagi. 

Selesai isian minyak dan buang  air, kami pon kembali menunggang seperti biasa  menuju ke Jumpee Sunflower. Setelah perjalanan selama lebih kurang 2 jam kami pon sampai di Jumpee Sunflower pada jam 12.45 tengahari. Terdapat sebuah kereta dari Malaysia semasa kami sampai disini. 






 



Selesai aktiviti di Jumpee Sunflower ini kami pon bergerak menuju ke satu empangan yang dikatakan sedang viral di Thailand pada waktu ini. di sini kami ak ambik masa yang lama, cuma ambik view beberapa tempat di empangan nie serta rehat ambik angin sikit. Angin agak kuat disini. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, kami pon meneruskan perjalanan menuju Phu Tub Berg melalui jalan belakang empangan iaitu jalan 2089.

Setelah satu jam melalui laluan lengang berlatar belakangkan ladang tebu, kami akhirnya berhenti pi PTT Srithep Sittichai Pattana dekat Si Thep district untuk isian semula petrol, tandas dan rehat sambil berasap sikit.

Selesai rehat, kami pon meneruskan perjalanan. Jam sudah menunjukkan jam 3.30 petang waktu tempatan. Kami melakukan pemanduan konsisten selama 1 jam 30 minit dan tiba di bandar Petchabun lebih kurang jam 5.00 petang. Disini kami mengambil jalan lencongan tanpa perlu masuk ke pekan kerana waktu sekarang adalah waktu puncak, dan jalan sedang sangat sibuk. Kami pon berehat sekejap di persimpangan  laluan pintas ini.

Kami semua semakin teruja kerana hanya lebih kuran 1 jam sahaja lagi kami akan sampai di kaki bukit Phu Tub Boek. Jadi kami pon kembali mengedali  motosikal masing masing menuju persimpangan Phu Tub Boek untuk singgah di 7-eleven disitu untuk membeli bekalan ketika di Phu Tub Boek nanti.

Lebih kurang jam 6.30 petang waktu tempatan, kami pon sampai di 7-eleven simpang Phu Tub Boek. Jadi kami pon beli lah apa barang yang patut. Kemudian kami pon segeralah memanjat laluan berliku dalam keadaan cuaca yang sudah pon gelap. Layan kona jugak pada mulanya, namun setelah berlaku insiden slide menyelide, kami pon membuat pemanduan yang lebih hati hati.

Lebih kurang jam 7.15 waktu tempatan, kami pon sampai di resort penginapan yang kami booking. Kami disambut mesra oleh pemilik resort ini dengan menunjukkan tempat parking untuk motosikal kami. 

Ketika inilah berlaku satu insiden lagi membabitkan moto Cikgu Man dan Moto Pak Long Wan. Akibat keadaan lereng yang tidak rata dan cerun, maka ketidakstabilan menyebabkan moto Pak Long Wan telah tumbang dan terkena sikit box moto Cikgu Man. Pengalaman betul nak bawak moto besar kat tanah tinggi nie. Tetapi alhamdulillah, tak dak apa kerosakkan yang major berlaku.

Setelah selesai check inn, kami pon selesaikan lah apa yang patut. Mandi, solat, makan dan keluar sembang kat atas bumbumg bilik. Tapi x tahan, sebab keadaan yang sangat sejuk, jadi kami pon beredar kedalam bilik masing masing kerana suhu lebih panas berbanding suhu diluar. Maka malam ini kami semua tidor awal laa, sebab esok pagi nak bangun awal sebab nak tengok view pagi di sini.           zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




DAY 4 - THURSDAY - 15/12/2022

PHU TUB BERG - CHIANG MAI (485KM)


Jam sudah menunjukkan pukul 5.10 pagi waktu tempatan. Suhu pada ketika ini adalah sekitar 11 - 12 darjah. Aku dan Cikgu Man bangun mandi dan solat Suboh . Disini kita akan suka kepada mandi sebab ada heater. Heater dia pulok pakai gas naa, bukan pakai elektrik Tapi kalau kita ambik untuk tidoq di khemah maka tidak adalah heter disediakan ditandas pengkhemah.  Selesai solat kami pon meninjau suasana diluar


Jadi, beginilah suasana pagi sebelum munculnya sang mentari di Phu Tub Boek.... Terasa nyaman dan sunyi sekali ketika ini.


Pada ketika ini, kawan kawan pon dah ready kat atas bumbung depa, bagi menyaksikan sendiri suasana pagi di sini. So, memang ini lah salah satu target kenapa kami ingin bermalam di Phu Tub Boek. 


Gambar2 dan video2 ini akan memberikan sedikit gambaran tentang keadaan kami disini.









Pagi yang mendamaikan ini membuatkan kami berat untuk nak tinggalkan tempat nie. Tapi apakan daya, misi harus diteruskan. Setelah selesai sarapan, kami pon nak pergi meninjau kawasan sekitar sini, tapi agak sukar jika kami ingin berjalan kaki, apatah lagi nak naik moto besaq nie. Jadi kami pon tanyalah kat owner resort nie kot2 dia boleh bawak kami pusing2 sini. Alhamdulillah, dia setuju nak bawak kami ronda ngan pikap dia tanpa sebarang charge. Jadi aku rekemen laa resort nie kalau sapa2 nak mai sini, cuma makan la dia tak boleh bagi kami walaupon dia offer dh semalam nak masakkan kami moi sup dengan teloq, tapi kami tolak laa sebab bekas yang depa guna tu kan.





Owner resort telah bawak kami round kawasan dan telah singgah di viewpoit disini. Memang cantik laa view kat atas nie. Gambaq nanti akan menyusul kerana tak dak dalam simpanan saya. Selesai di viewpoint, kami dibawa untuk shopping beberapa barang yang sesuai seperti baju dan cenderamata. Owner tu tunggu sampai kami semua selesai tawar menawar dan beli lah serba sedikit disini. Anggaran masa yang kami habiskan disini adalah lebih kurang 2 jam iautu antara 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. 

Setelah itu, kami pon balik ke bilik untuk packing dan check out. Lebih kurang jam 10.45 pagi waktu tempatan, kami selesai check out dan perjalanan kami seterusnya adalah untuk pengisian semula minyak di PTT route 12 dan Route 12 coffee untuk ambik beberapa keping gambar lagi.







Pada kiraan saya, suasana di route 12 coffee ini tidaklah semeriah dahulu. Tak tahu lah kenapa, mungkin disebabkan covid ka atau pon sekarang nie dah ada macam2 lokasi strategik seperti route 12 coffee ini di sepanjang laluan route 12 nie. Jadi kami hanya ambik beberapa keping gambaq dan sticker sebagai kenang kenangan. Kemudian kami pon terus lah kembali menunggang menuju Uttaradit.

Perjalanan kami ke Uttaradit bermula lebih kurang jam 11.15 pagi. Jadi bermulalah episod layan kona sikit2 sebelum sampat di persimpangan Pitsanulok dan kami akan memesong ke jalan route 11. Route 11 ini memang terkenal dengan kepanasan dia, kerana laluan yang lengang dan berdepan kawasan pertanian yang luas. Memang panas dan kami terpaksa mengharungi laluan ini selama 2 jam sebelum kami tiba di PTT sebelum simpang menuju kedai makan Muslim iaitu Anas Musim Thai Food.

Jam sudahpon menunjukkan pukul 1.15 petang. Kami pon isi semula petrol, urusan tandas dan rehat sekejap sebelum menuju kedai makan untuk makan tengahari. Selesai urusan di PTT kami pon bergeraklah ke kedai makan yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari PTT ini. Jam 1.30 petang kami pon sampai dikedai ini dan alhamdulillah, kawasan parking dia teduh sebab kedudukan kedai dia membelakangkan matahari. 

Kami pon orderlah, nak jadi cerita pulok tukang ambik order nie, nye slow yang amat...... dah laa kami nie kira lapaq laa.......aduh....dugaan....sabaqqqqq.Akhirnya dapat juga makan macam nasi khao mokk khai jugak lah..... Lebih kurang 1 jam jugak lah kami dok melepak tang nie.....

Lebih kurang jam 2.30 petang kami pon meneruskan perjalanan menuju Chiang Mai. Laluan selepas ini akan menjadi lebih menarik dengan selekoh2 yang agak besar dan kawasan redup bukit bukau.

Dipendekkan cerita, laluan kami ini masih berbaki lebih kurang 225 kilometer. Jadi kami pon menunggang lah seadanya dan berhenti rehat sekejap di pertengahan jalan di kawasan hutan.

Kemudian meneruskan perjalanan ke PTT sebelum kami masuk ke Bandaraya Chiang Mai. Setelah lebih kurang 3 jam menunggang termasuk rehat tadi maka kami pon sampai di PTT Saraphi Chiang Mai lebih kurang pada jam 5.45 petang. Jadi kami pon rehatlah sekali lagi kat PTT nie kerana hanya berbaki lebih kurang 20 kilometer saja lagi sebelum kami boleh chehk inn hotel. 

Kami meneruskan perjalanan kami pada jam 6.15 petang menuju Night Bazaar Palace Chiang Mai. ALhamdulillah lebih kurang jam 6.45 petang kami selamat sampai di basement parking hotel dan terus membuat urusan check inn yang dah dibooking terlebih dahulu.


Setelah masuk bilik masing masing, kami pon mandi, solat dan bersiap untuk turun makan malam di lorong Masjid belakang hotel kami. Kami pon makanlah dikedai yang kami singgah beberapa tahun yang lalu, kedai Chinese Muslim. Malangnya tidaklah sehebat sebelum ini, keenakannya dah kurang, harga nya jugak sudah up sikit macam kat Malaysia nie. Tapi tak apalah janji kami dapat makan seadanya. Setelah selesai makan, kami pon meronda night market disini dan membeli lah beberapa barangan lagi.  Setelah puas melilau, kami pon balik lena lah..............................


DAY 5 - FRIDAY - 16/12/2022

CHIANG MAI - PAI (137KM)


Assalamualaikum semua kawan kawan. Padi pagi ini, kami semua selesai kan rutin pagi di bilik macam biasa, urusan tandas solat dan pakaian. Kemudian kami mula menapak turun ke pasar pagi di belakang hotel yang kami menginap. Kami cari benda yang pelik pelik yang kami tak pernah jumpa kat tempat lain. 

Selesai meronda pasar pagi, kami pon menuju ke kedai makan Islam di lorong semalam, cuma kami nak pilih kedai yang lain pulak. Kali ini kami pilih kedai sebelah kanan. Masing masing pon orderlah apa yang depa nak makan......... Alhamdulillah, harga pon tak la terlalu keras, biasa2 saja.... 

Selesai sarapan kami bergerak menuju depan hotel untuk menunggu tuk tuk bagi membawa kami ronda2 Bandaraya Chiang Mai sebelum kami nak check out ke Pai. Kami dibawa untuk mengambil gambar di Chiang Mai Tha Phae Gate, Taman Botani dan sebuah kedai spare part. Kemudian kami pon pulang semula ke hotel untuk urusan check out.

Setelah selesai urusan check out, kami pon memulakan perjalanan ke Pai lebih kurang jam 10.30 pagi waktu tempatan. Dalam perjalanan keluar dari Bandaraya Chiang Mai, kami singgah di sebuah bengkel motosikal untuk tengangkan rantai moto Syidan. Pomen seorang wanita separuh umur, selamba ja dia buat kerja, dengan caj hanya 20 baht. Selesai urusan dibengkel ini kami meneruskan lagi perjalanan menyelusuri laluan sibuk lebih kurang 20 kilometer dan akhirnya dapat juga masuk ke laluan lapang yang berliku liku iaitu route 1095.

Jarak yang kami perlu lalui pada hari ini adalah sejauh 130 kilometer sahaja. Jadi kami tak perlu rushing. Layan selekoh sekadar yang mampu, dan berhenti sekali sekala layan view yang menarik. Setelah masuk kilometer yang ke 78, kami pon berhenti di tandas tepi jalan dekat selekoh diatas bukit, macam rnr laa.. Disini semua kami nak terkencing , maklum lah dah masuk ke area sejuk. Masing2 dok belek keadaan tayar, dah layan kona, sampai mana boleh turun. Okaw memang x lawan laaaa, rapat dia punya turun.  Dibawah nie ada laa sedikit gambar ketika kami di singgahan tempat tempat strategik.



Sembang punya sembang, lupa kata depan sikit ada satu kedai makan Islam. Daripada dok sembang tang nie, baik kami pi sembang dikedai nuu, baru syok. Lebih kurang 12.30 tengahari kami pon sampai di kedai nie. Kami orderlah lebih kurang sebab bajet nak makan sedap kat pasar malam di Pai nanti.

Setelah borak hampir 45 minit kat kedai nie, kami pon meneruskan perjalanan menuju Pai Canyon pada jam 1.15 petang sebelum check inn resort. Tak jauh dah, lebih kurang 25 kilometer sahaja untuk sampai kat Canyon nie.  Lebih kurang jam 2.00 kami pon sampai lah di Pai Canyon. DI bawah ini adalah beberapa gambar disini.





Kami menghabiskan masa selama30 minit di Pai Canyon ini dan kemudian meneruskan perjalan untuk check inn resort kami iaitu Baan Khanoon Resort. Urusan check inn di resort ni sangat mudah, owner pon ok jaa. Dia suka sangat kami dari Malaysia singgah di resort dia. Untuk makluman semua, saya amat berpuas hati dengan servis dan keadaan resort ini, aman dan mendamaikan.

Selesai urusan mandi, solat dan rehat, kami pon keluar untuk ke Yun Lai Viewpoint. Jadi kami semua berkumpul di depan resort pada jam 5.00 petang dan berjalan kaki ke jalan utama bagi mencari tuk tuk. Akhirnya kami jumpa seorang driver Cina dari Chiang Mai yang memandu pikap hilux merah. Dia setuju nak bawak kami ke sana walaupon pada mulanya macam keberatan saja. 

Stelah kami sampai di puncak Yun Lai, masa sudah pon menunjukkan jam 5.30 petang. Cuaca sangat elok pada ketika ini. Rupa rupanya apabila kami nak ambik gambar kami yang pertama disini, driver nie lah yang tolong ambikkan dan dia juga yang bagi cadangan nak ambik gambaq yang macam mana.

Saya ada peraan satu kancil warna biru muda kat tempat parking tadi, macam kenal owner dia. Tak palah, kami jalan jalan dulu ambik gambar. Setelah sampai kat atas sekali, maka ternampaklah seorang koboi sedang dok buat video apa tah. Kompom, dia ialah saudara Azman Ali yang viral satu ketika dulu naik kancil masuk Laos, yang mana anak didik dia Cikgu Fizie pon ikut jejak yang sama masuk Laos ngan kancil juga. Saya tak lah kenai sangat dengan Azman Ali nie, hanya berjumpa sekali saja ketika Geng Gila Konvoi masuk Laos dulu semasa menginap di Udomxai.


Dibawah ini adalah antara  gambar gambar kami semasa berada di Yun Lai Viewpoint.





Kami menghabiskan masa disini sehingga jam 6.30 petang, lebih kurang 1 jam. Driver nie masih lagi mencari sudut sudut menarik untuk kami mengambil seberapa banyak lagi gambar. Begitulah seronok nya dia bila bawak kami kesini. AKhir sekali dia menghantar kami balik di pasar malam untuk kami singgah tengok pasar malam Pai pulok. Dia tak kenakan caj naa untuk dia tolong ambik gambar tadi. Sangat berbaloi kalau dapat driver tuk tuk macam nie.

Kami pon terus meronda dan mencari apa yang patut di pasar malam nie. Akhirnya kami singgah dan makan di satu kedai muslim nie. Disini kami bersembang dengan 3 orang rider yang baru ja sampai di Pai. Salah seorang dari mereka baru ja hilang hand phone di pertengahan jalan ke Pai tadi. Depa pon baru order makan sama macam kami jugak, maka berborak sakan lah jugak dengan depa. Depa nie otai dah, tapi saja ja mai dengan moto kecik bawak RS kot rasanya.

Selesai makan kami pon terus meronda mencari sikit lagi barang yang berkenan dan terus bergerak ke bilik untuk tidoq.................... Kita sambung esok...... Sejuk elok nie.....

DAY 6 - SATURDAY - 17/12/2022

PAI - MAE SARIANG (270KM)


Pagi yang keenam, kami bangun macam biasa, bangun solat dulu, tapi tak mandi lagi sebab keluaq lepak sambil2 tengok kabus kat luaq nie. Best ooo sejuk2 nie, ada kopi pula depa bancuh..... Bila matahari macam nak terbit dah baru kami pi mandi dan buat persiapan untuk check out. Hari nie kami check out awai sikit sebab banyak tempat nak berhenti. DIbawah nie adalah suasana pagi sebelum kami check out.












Perjalanan kami pada pagi ini bermula  seawal jam 6.00 pagi dalam keadaan berkabus, jadi saya selaku leader hanya menunggang dalam keadaan santai. Setelah 45 minit menunggang kami berhenti di satu tempat kawasan pertanian yang agak cantik. Antara view nya adalah seperti berikut. 





Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan kami menuju ke puncak bukit view yang wajib singgah jika melewati area sini.

Berikut adalah coretan diatas bukit view ini.






















Lama juga kami menghabiskan masa dibukit view ini.  Banyak juga tempat atau view yang menarik di sepanjang perjalanan ke Mae Sariang nie. Antara yang sempat kami ambik adalah seperti berikut.








Jom .....kami nak sambung gerak ke satu perkampungan asli berhampiran Mae Hong Son dan sebelum itu kami akan singgah di batu tanda yang ada di sepanjang perjalanan nanti. Antaranya ialah batu yang dibawah ini.













Perjalanan kami kaetika ini disapa oleh seorang solo rider dari Thailand. Dia bersungguh nak menceritakan tentang apa yang menarik disini. Tapi kami kata kami nak ride santai santai saja. Tapi dia berhajat nak follow kami untuk nak tunjukkan tempat tempat yang menarik di Mae Hong Son nie......

Kami follow saja dia sehingga ke satu persimpangan ke perkampungan orang asli iaitu Su Tong Pae Bridge. Dia kemudian meneruskan perjalan dia dengan motosikalnya.... Setelah menghabiskan perjalanan sejauh 80 kilometer kami pon sampai lah di SU Tong Pae Bridge. Berikut ini adalah antara rakaman kejadian di sini.








Setelah hampir 1 jam kami disini, kami pon perlu meneruskan perjalanan ke pekan Mae Hong Son untuk makan tengahari. Untuk pengetahuan semua, dari Su Tong Pae ni,, ada satu lagi tempat viral iaitu Ban Rak Tai, tapi kami tidak mempunyai masa untuk ke sana. Jadi kami meneruskan saja perjalanan seperti yang dirancang.

Kami memilih untuk membuat pengisian semula petrol di PTT Mae Hong Son sebelum ke Mae Hong Son Provincial Chamber of Commerce (pejabat yg nak ambik sijil). Kami sampai di pejabat ini pada jam 11.20 pagi. Kami pon ambik sijil dan beli beberapa sticker dan semua ini selesai dalam masa 40 minit. Kami print sendiri sijil nie sebab nak bagi cepat.





Jadi tepat jam 12.00 tengahari kami pon bertolak ke kedai makan muslim yang terletak tak jauh dari sini.





Selesai makan tengahari selama lebih kurang 45 minit disini, kami pon bertolak untuk membeli t-shirt dan cenderahati Mae Hong Son di kedai yang kami selalu singgah. 



Selesai  urusan di kedai souvenier ni kami bergerak pula untuk bergambar di pintu gerbang Mae Hong Son dan seterusnya melawat perkampungan leher panjang yang tak jauh dari pintu gerbang Mae Hong Son ini.











Di bawah ini pula adalah suasana ketika di perkampungan Karen (Longneck)













Secara amnya, kos untuk masuk ke perkampungan nie dah agak tinggi. Jadi kalau sesiapa yang berhajat nak datng sini, bawak lah lebih sikit bukan apa, kita bukanya minat sangat pon dengan barang barang yang depa jual tu, tapi akan ada la, perasaan kesian bila kita masuk tengok dengan mata kepala sendiri. Oleh itu kita akan beli juga serba sikit, tidak pon bagi tips kat depa.   Selesai lawatan kami disini lebih kurang jam 2.00 petang, Kemudian kami akan bergerak ke destinasi berikutnya iaitu batu winner yang terletak di jalan naik ke Doi Inthanon. Batu nie jugak popular dikalangan rider.

Kami pon terus menunggang motosikal masing masing sambil sambil layan selekoh selama lebih kurang 1 jam 30 minit dan tiba di batu winner nie lebih kurang jam 3.30 petang. Gambaran kami dan batu winner nie adalah seperti dibawah. 












Selepas selesai bergambar di sini, kami akan singgah pula di satu lagi view point iaitu Mae La Luang. Jadi, dalam keadaan petang yang masih panas, kami pon meneruskan lagi tunggangan menuju view point. Jam menunjukkan pukul 3.40 petang, dan dijangkan selama 1 jam kami akan sampai di view point itu.

Seperti yang dijangka lebih kurang jam 4.40 petang kami pon sampai di view poit Mae La Luang. Nasib kami sangat baik kerana kedudukan view point ini bersebelahan dengan satu bukit, jadi teduh lah sedikit kawasab sekitar view point ini. SUasana disini lebih kurang seperti di bawah.




Kami meluangkan masa selama 30 minit di view point ini. Perjalan kami untuk hari ada lebih kurang 20 km atau pon 30 minit saja lagi sebelum kami check inn di resort kami di pekan Mae Sariang.

Tepat jam 5.10 kami pon meneruskan sisa perjalanan ke resort. Jalan yang mula tenang tanpa selekoh yang menarik membuatkan kami semua rasa lega sebab akan sampai seperti yang dijadualkan.

Sebelum kami daftar masuk resort kami singgah di PTT untuk isian semula petrol kerana pada keesokkan pagi besok kami akan bertolak awal juga. Dari maklumat yang saya dapat, resort yang kami pilih ini adalah resort baru di Mae Sariang dan saya tempah secara call online dan bayar secara online banking, sangat mudah urusan dia.

Setelah kami sampai di resort, staff dia sudah menunggu kami untuk menyerahkan kunci dan selepas dia serahkan kunci dia pon pulang kerumahnya kerana telah tamat waktu bekerja.











Setelah berehat dan selesai solat dan mandi, kami pon bersiap untuk mencari makan di sini. Jam baru menunjukkan pukul 7.00 malam, jadi kami pilih untuk jalan kaki sahaja.Destinasi pertama kami jumpa roti canai Thai yang depa panggil pancake. Kami order dan bungkus untuk dimakan di bilik nanti. Seterusnya kami berjalan lagi dan tiada kami jupa dengan kedai Muslim yang masih buka. Jadi lagi sekali kami terpaksa menuju 7-eleven untuk beli makanan. Ketika dalam perjalanan pulang ke bilik, kami berjumpa dengan rider dari Malaysia dan mereka memberitahu kami ada satu kedai Muslim dan mungkin macam nak tutup dah. Jadi kami pon bergerak laa menuju kedai tu, dan apabila sampai memang betullah cuma kami pulok yang agak sangsi dengan halal di kedai nie, maklumlah ranggi sikit owner dia. Oleh itu kami hanya membeli sedikit makanan yang kami rasa sesuai dan terus pulang ke bilik.

DAY 7 - SUNDAY - 18/12/2022

MAE SARIANG - NAKHON SAWAN (480KM)


Pagi ini, kami semua bangun seperti biasa, mandi,  solat dan persiapan beg untuk check out. Selesai check out kami check pulak moto kami serba ringkas bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Tepat jam 7.00 pagi waktu tempatan tayar kami mula bergolek dan dijangka perjalanan kami akan menempuhi laluan berselekoh dan view yang cantik dalam jarak sejauh lebih kurang 200 kilometer atau jangkaan masa sselama 4 jam.

Antara lokasi hentian pertama kami ialah sungai selepas road block, untuk kami ambik view original sungai di kawasan hutan. Saya bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri kelibat seekor ikan mungkin spesis kelah yang agak besar sedang menyelusuri sungai ini ketika kami berhenti.

Antara lokasi lain ialah perkampungan pendatang Myammar. Kawasan ini sekarang sudah dikawal dengan lebih tegas oleh askar Thai.







Sambil sambill layan kona, tang mana yang kami rasa bleh buat video sikit kami buat lah. Kami semua tidak ada kamera pada motosikal. Jadi kami guna handphone saja...




Setelah ride dan stop untuk beberapa tempat untuk bergambar, akhirnya kami pon sampai di PTT Mae Sot pada jam 11.15 pagi , iaitu lebih kurang 4 jam dari waktu check out. Kami berehat di PTT nie untuk makan lebih kurang, rehat sat, keadaan agak panas dan buang siap2 apa yang perlu dan isi minyak moto masing2.

Selepas ini, kami bercadang untuk singgah dekat magic hill, tempat yang menjadi persinggahan bagi pengunjung yang tahu dan ingin melihat sendiri macam mana yang dikatakan magic itu. Untuk pengetahuan juga, sebelum kami sampai di magic hill, ada satu simpang untuk ke Umphang, tetapi kami tidak bercadang untuk ke sana memandangkan masa yang terhad. Tetapi laluan dan keadaan di Umphang nie memang menjadi tarikan terutama pada bulan DIsember ini. Kebiasaannya bilik penginapan akan penuh kerana rakyat tempatan akan meraikan satu pesta seperti pesta menuai la lebih kurang.

Setibanya di magic hill, kami pon buat lah sedikit eksperimen, bukan apa, nak bagi puas hati. Kami menghabiskan masa selama 20 minit disini dalam keadaan panas terik. Setelah selesai kami pon meneruskan perjalanan dengan sesekali layan kona route 12 nie dengan keadaan jalan yang bertambah baik. 

Hentian kami seterusnya adalah di kedai makan Muslim dekat Esso selepas traffic light ke Tak. Kami tiba di kedai makan tu lebih kurang pada jam 1 tengahari, tapi malangnya kedai tu tutup pulok. Jadi, kami terpaksalah mengharungi perjalanan dengan menahan kelaparan sebelum kami dijangka tiba di kedai makan Muslim di Nakhon Sawan. 

Setelah 30 minit meneruskan perjalanan kami semua terasa letih dengan kepanasan cuaca, jadi sekali lagi kami berhenti dekat PTT di Kamphaeng Phet. Setelah berehat dan basahkan tekak, kami pon meneruskan perjalan yang tinggal lebih kurang 1 jam saja lagi untuk sampai di kedai makan Muslim Aminyan. Lebih kurang jam 3.00 petang kami pon sampai di kedai makan Aminyan. Kami pon order lah beberapa hidangan yang agak lumayan laa.....

Makanan di kedai nie juga memang sedap, pemilik dan ahli keluarga kedai ini yang menguruskan sendiri kedaia mereka. Yang perempuan berpurdah, ramah dengan pelancong, kami makan dekat ruang berhawa dingin dan sedap dan layan punya pasai, kami duduk dikedai ini selama 1 jam 30 minit, siap bungkus bawak balik lagi. 

Jam 4.30 kami pon bertolak dari kedai Aminyan nie untuk check in hotel kami iaitu B2 Hotel yang hanya 5 minit dari sini. Jam 4.40 petang kami pon tiba di hotel dan selamat check inn. Bilik sangat cantik dan ekslusif cuma dilarang merokok di dalam bilik, kalau merokok jugak, boleh didenda 500 baht untuk sebilik. 

Selepas mandi dan sembahyang, kami pon kami pon bercadang untuk keluar ronda ronda pekan Nakhon Sawan. Lebih kurang jam 8.00 malam kami pon keluar melilau di pasar fesyen atau pasar malam laa lebih kurang di Nakhon Sawan, mungkin sebab dia ada jual banyak pakaian disitu. Makanan pon ada juga dijual disini, tapi nak cari yang halal tu agak terhad, jadi kami beli buah la dan ayaq dan teruih pi lepak dan makan di tepi sungai dia. Memang orang ramai la kawasan nie, memang port lepak la bagi warga Nakhon Sawan.

Selesai makan kami meronda lagi dan balik semula ke hotel B2 pada jam 11.00 malam. Perjalanan kami pada malam ini adalah dengan tuk tuk yang di order khas oleh security Hotel B2. Jadi selamat malam untuk Nakhon Sawan.......Jom tidoqqqqqq.........















DAY 8 - MONDAY - 19/12/2022

NAKHON SAWAN - KANCANABURI (250KM)

Hari ini adalah hari kelapan perjalanan kami. Terasa jugak laa keletihan dia. Selesai mandi, sembahyang Suboh seperti biasa, aku ronda tengok kawan2 supaya nak pastikan depa dapat on time masa nak sambung ride nanti. Semasa check out, staff resort bagi tau kat aku yang kami terpaksa membayar denda akibat dua daripada tiga bilik yang kami ambik berbau rokok. Ahhh sudah, deposit 1500 baht yang kami badi kelmarin terpaksa ditolak 1000 baht dari insiden itu. Jadi aku pon angguk ja laa, nak buat macam mana kan benda dah nak jadi.......😇😇😇😇😇😇😇

Kami check out lebih kurang jam 7.30 pagi. MasyaAllah jem pulok pekan Nakhon Sawan nie, apa ke tidak nya, time depa dok pi sekolah ngan pi kerja. Ciluk punya ciluk sampai aku berhenti tempat yang agak lapang untuk buat regroup. Sudahhhhhhhhhhhhhhh, hanya 3 orang ja yg ada dengan aku, yang lain x tau dok tang mana. Akhirnya dapat jugak contact melalui call yang menyatakan bahawa masa keluar dari resort tadi yang 5 lagi lambat keluaq sebab Cikgu Man buat lawak, moto tak leh start..... Dipendekkan cerita kami berjanji akan jumpa balik semula dekat stesen minyak PT sebelum simpang masuk Chainat.

Alhamdulillah setelah menunggu hampir 10 minit akhirnya konvoi yang berlima nie pon sampai dekat simpang yang bertiga tunggu nie pada jam 8.35 pagi. Jadi kami pon sambung ride sehingga ke stesen PTT selepas pekan Chainat iaitu selepas sungai Menam pada jam 9.00 pagi. Tidak lama kami disini, hanya isi semula minyak dan sambung semula ride sebab kami semua belum sarapan. 

Setelah 45 minit, kami pon sampai di kedai makam Muslim Armeena di Suphan Buri. Kami habiskan santapan pagi dan rehat kami disini selama 1 jam 15 minit. 




Selesai makan kami pon meneruskan perjalanan yang masih berbaki tak sampai 100 km lagi. Kami memulakan perjalanan dari sini lebih kurang pada jam 11.15 pagi dan sampai di resort penginapan yang sudah ditempah iaitu Phutawankan Resort pada jam 12.30 tengahari. Kami semua dibenarkan untuk check inn awal, baik sungguh pengurusan resort nie. Memang sesetengah resort tak membenarkan pelanggan mereka untuk check inn awai sebelum waktu seperti MBI Resort di Danok. 




Selesai pengurusan diri dan sembahyang aku, Syidan dan Dikjie berjalan ke kedai hardware berdekatan untuk membeli spanar untuk moto versys. Sampai ja di kedai hardware tu, dia bagitau bahawa dia tak ada barang yang kami kehendaki. Tetapi seperti yang ramai rider2 tahu, mereka pengusaha tak kira lah apa bidang pon, seboleh boleh nya mereka akan cuba untuk menolong lebih2 lagi pelancong seperti kami. Dia offer untuk bawak salah seorang dari kami untuk ke kedai hardware yang lebih besar untuk mendapatkan barang yang kami kehendaki.  Lebih kurang 15 minit dia pergi bersama Syidan, dia pon pulang dengan barang yang dicari. Sebagai ganjaran Syidan memberi sedikit saguhati kerana sudi menolong kami. Keseluruhan jarak yang kami bertiga jalan adalah sejauh 4.9 km. Jangan tanya macam mana saya dapat mengira jarak yang kami lalui, kerana zaman semakin canggih.


Setelah berehat sekejap, aku sudah memanggil sebuah taxi pikap untuk membawa kami ke Skyway. Tepat jam 3.00 petang dia dah sampai depan resort dan kami pon menuju ke Skyway yang baru disiapkan. Driver tu bawak kami ikut jalan dalam dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit ja. Di bawah ini adalah gambaran kami di Skywy ini.





























Setelah hampir 40 minit di Skyway ini, kami bercadang untuk ke kawasan perkuburan pejuang apa saya tak pasti sangat tapi ada nama yang sempat saya baca pada lawatan terdahulu yang menunjukkan ada nya penglibatan nama nama Islam. kami mengambil masa selama lebih kurang 10 minit saja disini kerana driver pikap kami khuatir akan parking pikap beliau ditepi jalan mungkin mengundang padah padanya. 








Setelah itu kami pon bergerak untuk ke kedai makan tepi jalan berhampiran perkuburan ini sahaja untuk makan malam lah barang kali sebab jam sudah pon menunjukkan pukul 4.15 petang. Kami pon order lah beberapa menu , kami jugak offer dekat drivr pikap untuk makan sekali namun dia menolak tapi dia hanya minum sahaja. Dia menunggu tanpa rasa boring dan tergesa gesa , mengikut sahaja apa yang kami mahu. 







Selesai makan kami meminta driver tu untuk menghantar kami ke River Kwai Railway untuk lihat kawasan sekitar. Kami menyuruh dia pergi untuk cari job lain dulu sementara kami nak ronda ronda lebih kurang 2 jam, tapi dia kata dia lebih suka untuk tunggu kami 2 jam daripada dia keluar dan sangkut dalam kesibukan pekan Kancanaburi. Ini sudah sangat bagus kami kata, maka kami pon pergi lah meronda...... Keadaan dapat lah digambarkan seperti dibawah. 😁😁😁😁😁








































































Selesai meronda dan menikmati panorama di persekitaran Kancanaburi ini, kami pon meminta driver tuk tuk kami untuk menghantar kami balik ke bilik kerana esok pagi kami akan memulakan lagi penjelajahan dengan keretapi seawal jam 5.30 pagi. Jadi sekian sahaja coretan kami untuk hari ini  dan selamat malam............................

DAY 9 - TUESDAY - 20/12/2022

KANCANABURI - HUA HIN (240KM)

Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami semua bangun dan mempersiapkan diri dan standby untuk sembahyang Suboh kerana driver tuk tuk kelmarin akan datang mengambil kami pada jam 5.30 pagi. Seperti dijangka setelah selesai Suboh kami melihat sudah ada tuk tuk kelmarin siap parking kat lobby menanti kami turun. Memang menepati masa geng2 Siam nie buat kerja. Jadi setelah semua kami turun dan cukup maka berangkatlah kami ke semua ke stesen keretapi Kancanaburi untuk ke Nam Tok.

Kami tiba awal di stesen Kancanaburi, Keadan masih sunyi sepi, belum ada kedai yang memulakan operasi. Kami pon berbual2 sambil2 tengok kelaku kawan2 yang begitu teruja untuk naik keretapi ke Nam Tok ini.

Setelah train tiba, kami pon mula menaiki train yang hanya nampak dengan penumpang dikalangan pelajar sekolah. Keadaan pada pagi ini agak sejuk dan bertabah sejuk apabila train mula bergerak. Nak tau sejuk macam mana boleh la tengok kat gambar atau pon kat video yang diselitkan di bawah ini.

























Perjalanan kami dengan train ini sangat unik bagi kami, seolah olah macam tak pernah naik train sebab view diluar sangat cantik seperti ladang ladang dan kawasan bukit yang menghijau. Kami juga dapat menyaksikan banyak stesen stesen kecil dan kelibat pelajar sekolah yang naik train ini untuk ke sekolah.














Sehinggalah kami tiba di laluan trai yang paling mencabar dan menakutkan ini, semua orang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video disini.























Akhirnya, setelah 2 jam 30 minit kami di dalam train, kami pon sampai di stesen terakhir iaitu stesen Nam Tok. Kami semua pon turun untuk menikmati panorama di sini. . Driver tuk tuk yang akan ambik kami disini, terus menelefon saya menanyakan perkhabaran sama ada kami sudah sampai atau belum. Sungguh komited depa buat kerja, jadi saya pon memberitahu driver tersebut kami baru sampai disini dan akan ambik masa sedikit untuk kami bergambar di kawasan persekitaran.




Setelah selesai bergambar disini, kami pon ingin menuju ke air terjun viral Nam Tok. Driver tu meminta kami semua untuk naik tuk tuk dia kerana jarak yang agak jauh untuk kami jalan kaki.

















                                      VIDEO TANAMAN TEBU
                                            
                                    VIDEO TANAMAN PADI

                                    VIDEO NAK BUAT LIVE

                                    VIDEO TANAMAN UBI KAYU

                                       VIDEO TANAMAN JAGUNG

                                    VIDEO TEMPAT TRANSIT




                                    VIDEO KESEJUKKAN


                                    VIDEO SAMPAI NAM TOK











Setelah menghabiskan masa disini, lebih kuran jam 9.00, kami pon bersiap untuk bertolak pulang ke resort untuk check out.  Perjalanan yang masih sejuk dengan tuk tuk ini mengambil masa selama 45 minit. Setelah sampai di resort, urusan check out selesai dalam masa 45 minit tanpa sebarang masalah. Kami meneruskan perjalanan untuk ke PTT Kancanaburi untuk isian semula petrol dan sarapan.

Setelah ambik sedikit sarapan dan isian semula petrol, kami meneruskan perjalanan menuju LHM Museum. Lebih kurang jam  11.30 pagi kami pon sampai di LHM Museum ini. Sebenrnya bukanlah museum, tetapi kedai motor yang begitu taksub dengan motosikal sehinggakan menjadikan minat itu satu perkongsian sambil menjana pendapatan. Gambaran suasana di LHM ini adalah seperti di bawah.


























Setelah menghabiskan masa selama 30 minit diLHM ini, kami meneruskan perjalanan menuju kedai makan Muslim di kawasan tasik garam yang jaraknya 130 km dari LHM ini. Kami meneruskan perjalanan secara sederhana kerana memasuki kawasan yang agak sibuk dan jalan yang bersimpang siur. Dalam perjalan ini kami berhenti di beberapa tempat untuk bergambar. Setelah lebih kurang 2 jam perjalan kami pon sampai d kedai makan tasik garam ini..






Jam 2.00 petang, kami  pon sampai di kedai makan yang murah dan sedap ini. Macam2 lah kami order. Owner kedai ini adalah orang tempatan yang bermusafir ke Selatan Thai untuk belajar pondok, jadi dapat lah juga owner ini berbahasa Melayu serba sedikit dengan kami.










Selesai makan, lebih kurang 1 jam 15 minit jugak kami di kedai itu, kami meneruskan perjalanan untuk ke Cha Am. Jika ada kawasan atau tempat yang cantik kami akan berhenti untuk ambik gambar lagi.






Selesai bergambar kami pon meneruskan perjalanan menuju Hotel yang sudah pon booking dan tak jauh dari lokasi kami berada sekarang. Jaraknya mungkin dalam sekitar 45km rasanya.



Pada malamnya, kami bercadang nak pergi tengok Hua Hin Night Market. Lagi sekali, kami mencari mamat grab untuk mangambil dan menghantar kami. Pergh, kami telah mendapat seorang joki pertengahan umur yang minat pengubahsuaian kenderaan. Memang segak habislah dia punya Mitsubishi Pajero Sport, siap ada sound system lagi. Okaw pulok request lagu Siam dalam perjalanan ke Night Market, apa lagi kedooom kedooommmm laa.....

Setelah sampai, pemandu tu pon meminta kami pergi meronda sepuasnya, dan datang blik dilokasi ini jika mahu pulang. Sporting betoi abang nie. Salah satu kedai yang kami boleh singgah untuk tapau makanan ialah kedai roti canai (pancake). 



Yang menariknya di kedai roti nie, lepas kami tapau, sold out habih dah makanan kedai dia. Mau ka tak habih, banyak jugak orang Malaysia yang kami jumpa kot area pasar malam nie, semua depa borong banyak banyak. Jadi kawan kawan kami yang lewat x dan lah nak beli tapau.... padan muka...

DAY 10 - WEDNESDAY - 21/12/2022

HUA HIN - HAT YAI (800KM)

Seperti biasa, di pagi hari yang terakhir ini, kami dah sepakat untuk memulakan perjalanan pada pukul 7.30 pagi. Setelah selesai check out dan dapatkan kembali deposit, kami pon terus menuju ke Stesen Keretapi Hua Hin ikut jalan belakang. Suasana jalan ketika ini hampir sama ketika di Nakhon Sawan, agak sibuk dengan pelajar nak ke sekolah dan orang keluar bekerja. Jenuh jugak la sangkut kat jem walaupon dekat saja jarak dia. Akhir nya sampai juga kami di stesen popular ini pada jam 7.55 pagi dan dapat parking bersebelahan dengan stesen. 

Selesai parking kami pon bergegas untuk mengambil gambar kenang kenangan disini. Kelihatan bersebelahan stesen ini sedang dalam pembinaan mungkin railway yang baru atau pon seumpamanya saya pon tak begitu pasti. Selesai bergambar kami pon nak bergerak untuk cari sarapan pagi pulak.


















 Ehh ... Mamat Myammar ka Bangladesh ka pon tak tau dok bagi salam kat kami semua. Rupanya dia meniaga pulut ayam kat belakng 7E berhadapan dengan parking moto kami.  Jadi bagi menjimatkan masa kami pon sarapan pulut ayam saja lah pagi nie..... Mereka siap pergi ambik meja dan kerusi sebab nak bagi kami duduk dan makan kat situ, padahal dia hanya meniaga tenggek saja. Harga agak murah walaupon kami ambik ayam yang banyak.......ERKKKKK.......👍👍👍 Kenyang dah, jadi boleh la kami meneruskan perjalan ke Rajabakti Park pulak. Kami mula bertolak ke Rajabakti Park pada jam 8.55 pagi setelah 1 jam menghabiskan masa untuk bergambar dan sarapan pulut ayam. 

Setelah tiba di Rajabakti Park pada jam 9.05 pagi, kami pon berposing lagi dan mengambil masa selama 10 minit sahaja. Cuaca yang dah mula panas tanpa ada apa2 teduhan menyebabkan kami tidak mahu ambil masa yang lama disini.. Berikut adalah antra kenangan di Rajabakti Park.


















Selesai bergambar di Rajabakthi Park, kami pon bergerak meneruskan perjalanan menuju Selatan. Kami akan berhenti di PTT terdekat untuk isian semula minyak kami.


DAY 11 - THURSDAY- 22/12/2022

HAT YAI- PADANG BESAR (60KM)


Hari terakhir perjalanan kami adalah dari Hat Yai ke Padang Besar sahaja. Macam biasa, kami mandi, solat dan hisap rokok dulu semua. Jadi sebelom check out kami pon mandi kolam lagi sekali sepuas-puasnya. Selesai mandi baru lah kami bersiap untuk check out. 













Maka, selesailah ride GGK buat tahun ini 2022. Nanti akan ada update gambar2 terbaru apabila rakan2 kongsikan dengan saya. Semoga ride GGK dapat diteruskan buat ke sekian kali nya. Cuma makluman awal pada tahun 2023 nie GGK tidak akan buat ride besar2an bagi menghimpun modal untuk ride 2024. Sekian jumpa lagi.............................


No comments:

Post a Comment